in

Kisah Seram Semasa Mengikuti MODEL Di SABAH

Pada akhir tahun 2019 , saya mengikuti satu pertandingan model yang berkaitan dengan pelancongan di sabah. Semasa mengikuti pertandingan tersebut kami diberi masa hingga bulan 2 tahun 2020 untuk menyelesaikan tugasan yang diberi seperti membuat video mempromosikan tempat pelancongan di sabah. Pada suatu hari , organiser pertandingan tersebut membawa kami untuk membuat team building di satu tempat homestay yang berdekatan dengan sungai (fyi saya ni seorang yang tidak boleh berpisah dengan family so everywhere i go mesti my family ada juga) sebelum saya pergi ke tempat  itu , saya sempat bergaduh dengan ibu saya kerana saya tidak mahu mengikuti team building tersebut  ( again fyi saya mengikuti model ini kerana kemahuan ibu saya ) selepas pergaduhan itu saya mengalah dan pergi juga bersama dengan family saya. Syukur organiser itu baik dan membenarkan family saya mengikuti saya. Kami sampai di tempat itu pada jam 12 malam dan kami merasa sangat penat hingga kami tidak sempat mencuci kaki.

Selepas semua orang sudah tidur saya terbangun dan terdengar suara perempuan ketawa tapi saya biarkan kerana saya kira suara itu datang dari bilik sebelah. Pada awal pagi pula , saya mendengar organiser memanggil semua peserta untuk turun dan makan sarapan pagi pada waktu itu saya merasa sangat penat dan malas untuk turun ke bawah tetapi ibu saya tetap menyuruh saya untuk turun kerana takut markah saya dipotong. Selepas saya bersiap saya turun bersama ibu saya dan duduk di meja bersama peserta yang lain. Di sinilah bermulanya kisah saya. Semasa saya duduk di meja , saya tiba-tiba menangis tanpa sebab ibu saya hairan dan fikir yang saya nangis disebabkan dia paksa saya untuk turun. Tidak lama selepas itu seorang perempuan datang ke tempat saya dan bercakap dengan saya tapi saya menghiraukan dia. Dia memegang bahu saya dan pergi mengambil makanan. Saya tiba” merasa yang badan saya sangat lemas air mata saya tidak berhenti keluar. Ibu saya hairan dan membawa saya masuk ke bilik selepas tiba di bilik , ibu menyuruh saya untuk mandi dan membersihkan badan.

Selepas saya mandi saya diberi masa untuk berehat di bilik. Habis sahaja saya berehat saya bangun dan merasa lebih fresh dari sebelumnya. Saya turun semula ke bawah untuk mengikuti aktivi yang diadakan. Peliknya , tiba sahaja saya di bawah saya tiba-tiba menangis semula malah lebih teruk dari sebelumnya suara tangisan saya semakin kuat hingga membuat orang lain hairan. Beberapa lama kemudian , saya begegar seperti kerasukan hingga membuat semua orang panik mereka membaca banyak ayat-ayat suci untuk saya mereka juga memberi saya air holly untuk diminum peliknya saya tidak dpt menelan air tersebut. Tidak lama kemudian , saya pengsan dan tidak sedar selama beberapa jam. Semasa saya pengsan , rakan saya sempat merakam suasana di sana dan menghantar video tersebut ke temannya untuk bertanya jika dia melihat sesuatu ( temannya itu boleh melihat sesuatu yang kami tidak dapat lihat) temannya melihat video itu dan bilang yang dia ternampak ada seorang nenek yang kecil berdiri di sebelah saya. Semasa saya sedar , family saya terus membawa saya pulang dari tempat itu.

Uncle saya beragama buddha dan siapa yang buddha pasti tahu tentang menanyakan soalan kepada dewa . Ibu saya meminta pertolongan uncle saya untuk menanyakan tentang apa yang terjadi dengan saya . Setelah beberapa hari , uncle menyuruh ibu saya untuk membawa saya saya ke rumahnya. Semasa tiba di rumah saya merasa seperti tidak ingin masuk ke dalam tetapi ibu saya memaksa saya untuk masuk. Di dalam rumah , uncle menyediakan air mandi dan air minum untuk saya. Saya masuk ke dalam biliknya dan tiba-tiba saya menangis seperti hari sebelum nya. MEreka ketakutan dan tetap memaksa saya untuk mandi tiba-tiba elektrik di rumah itu mati dan mereka semakin takut. Selepas saya mandi dan minum air itu saya tertidur di rumah uncle beberapa jam. Sedar sahaja saya dari tidur ibu bapa saya membawa saya pulang . Uncle saya memberitahu ibu saya yang saya perlu mandi dan minum air itu selama 1 minggu ibu saya hairan dan bertanya kenapa saya perlu membuat semua itu selama satu minggu uncle saya menjawab dan kata bahawa seri muka saya telah diambil oleh seorang perempuan dan semasa hari pertama uncle melihat wajah saya dia melihat wajah saya sangat hitam seperti bukan rupa saya. Selepas tiba kali terakhir untuk saya minum dan mandi air tersebut baru saya perasan yang selama ini saya minum air yang berisi kertas yang sudah dibakar hingga menjadi abu . Setelah menjalani rutin dengan lancar saya mendapat kembali seri muka saya . Tiba pula masa untuk kami rehearsal pada malam itu saya tau siapa yang telah berbuat jahat kepada saya dan saya cuba untuk menjauhkan diri darinya kerana sudah dipesan awal-awal .

Saya berbual dengan rakan saya yang juga mempunyai wajah yang sangat cantik. Keesokan harinya , saya mendapati berita bahawa rakan saya itu sakit dan dibawa ke hospital kerana jatuh dari tangga secara tiba-tiba. SAYA terkejut dan terus melawat rakan saya . Semasa tiba di hospital saya terkejut kerana wajah rakan saya telah berubah dan wajahnya itu buruk seperti bukan mukanya lagi kerana mukanya lebam-lebam dan rambutnya yang panjang dibotakkan akitbat pendarahan di kepala . Saya tau yang ini semua jadi kerana perempuan yang jahat itu. PEREmpuan itu datang dan melihat rakan saya dengan berkata SAYA TIDAK MAHU MATI MACAM DIA di situlah saya hairan dan saya tahu yang semua ini jadi disebabkan dia . Perempuan itu ingin memusnahkan semua peserta yang cantik kerana dia ingin memenangi pertandingan tersebut. Saya bersyukur kerana saya selamat dari ditimpa masalah seperti rakan saya . Sampai sekarang saya tidak dapat berita dari rakan saya itu. Sekian kisah dari saya yang saya alami sendiri maaf jika ada kekurangan .

Perkongsian daripada Wawa Kong.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Calit Kening

Puaka Kebun Sawit