in

Kisah Seram Rumah Sewa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca kisah misteri,

Ada suatu kisah seram yang rakanku ingin kongsikan bersama para pembaca semua. Biarlah saya namakan rakan saya Hafizil bukan nama sebenar. Kejadian ini berlaku di suatu taman yang dirahsiakan namanya  di Pengkalan Hulu Perak,
Kisah ini berlaku pada tahun 2018. Hafizil bersama isterinya baru sahaja berpindah di sebuah rumah sewa kerana telah bertukar tempat kerja.


Kejadian ini berlaku ketika isterinya balik ke kampung dan Hafizil tinggal bersendirian di rumahnya.”Pada suatu malam ketika saya balik kerumah saya ada merasakan sesuatu makhluk yang memerhatikan saya di dalam rumah sewa yang saya duduki sekarang ini” kata Hafizil kepada saya membuat kan bulu tengkuk saya meremang seketika. Tambahnya lagi “dirumah sewa yang aku duduki sekarang aku selalu merasakan segala tingkah laku aku di perhatikan dan yang paling menakutkan ketika waktu malam ada sesuatu benda selalu menghempas pintu bilik aku membuat kan aku rasa letih kerana ketakutan dan hendak marah akibat selalu diganggu oleh sesuatu”.
Kejadian yang paling tidak dapat Hafizil lupakan adalah ketika dia hendak solat di ruang tamu rumahnya.Kejadian ini terjadi pada waktu petang. Hafizil ketika itu hendak solat asar. Ketika Hafizil tengah solat,dia merasakan ada sesuatu dibelakangnya yang meniru setiap tingkah lakunya membuatkan Hafizil tidak khusyuk solatnya. Setelah sahaja selesai solat,Hafizil bangun dan menoleh kebelakang. Apa yang mengejutkan Hafizil adalah dia melihat tikar getah rumahnya dengan secara tiba tiba sahaja bergelembung dan naik keatas semacam ada sesuatu benda yang menolak nya naik. Setelah beberapa saat gelombang dari tikar getah yang naik itu mulai turun perlahan-lahan dan menjadi normal seperti biasa. Hafizil merasa pelik dan tidak keruan melihat situasi yang tidak pernah dia lihat seumur hidupnya itu.Kata Hafizil “aku dah terbiasa dengan keadaan rumah sewa yang aku duduki sekarang ni” katanya mengakhiri perbualan.


Perkongsian Daripada Hafizil.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Rumah Biru

Misteri Jalan Lama