in

Kisah Seram Lebuh Raya Ke Segamat

HD1080p: Tilt-up shot of an empty bypass at night. Ljubljana, Slovenia, Europe.

Assalamualaikum. Nama saya Fiz, kisah ke 2 yang hendak saya sampaikan ini berlaku pada oktober 2019. Ketika saya hendak ke Melaka atas urusan fisioterapi saya, jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Saya memulakan perjalanan berseorangan dari Gambang Pahang untuk ke Melaka melalui jalan lebuhraya Tun Abdul Razak hingga ke Segamat dalam perjalanan melepasi Petronas Chini. Aircond kereta tiba² rosak. Saya pun turun kan sedikit cermin untuk udara masuk sebelah driver, dalam perjalanan saya hanya memandu dalam kelajuan 60,70kmj sahaja kerana jalan tu sedang dibuat. Selepas melepasi jalan yang bina, ada sebuah kereta memotong saya agak laju mungkin di takut sebab malam tu memang betul² kurang kenderaan atas jalan tu. Saya teruskan perjalanan dgn kelajuan yang sama. Jam menunjukkan pukul 2.30 pg saya melalui jalan ladang kelapa sawit.

Dgn keadaan sunyi tiba² hujan turun terpaksalah saya tutup cermin dalam keadaan kabus. Kerana aircond rosak saya terpaksalah lap cermin depan dgn kain. Kira² 20minit hujan pun berhenti saya buka balik cermin sebelah saya. Sedang seronok dgr radio lagu ukays diluar kemampuanku, saya pun ambil buah asam yang berada disebelah kiri seat saya untuk hilangkan rasa mengantuk. Sedang kunyah² buah asam tiba² saya rasa macam diperhatikan dalam suasana gelap gelita jalan yang tiada lampu jalan hanya bertemankan lampu kereta sahaja. Saya rasa seram sejuk tubuh saya, saya pun hendak buang biji asam melalui tingkap tiba² ada satu lembaga putih di sisi saya sebelah luar. Tubuh saya tiba² lemah hingga hampir hilang kawalan. Saya cuba hendak angkat balik cermin tapi tangan saya tidak berdaya. Ada sebuah kereta dari arah bertentangan mengangkat lampu tinggi kearah saya. Saya fikir orang itu pun nampak.

Adalah dalam 5minit tiba² lembaga itu melintasi kereta saya dari depan ke bahu jalan. Saya nampak betul² muka dia yang hodoh seperti terbakar, rambut dia yang panjang merentasi kereta terkebas². Hampir saya terbabas ketika itu sebuah lori kalau tidak silap saya scania warna merah tekan hon pada saya membuatkan saya melawan pergerakan steering yang sudah bawa saya ke bahu jalan yang ketika itu keadaan kaki lima jalan agak curam & tinggi. Saya terus membrek & memberhentikan kereta dgn keadaan terketar, mulut yang tidak dapat berkata apa². Saya cuba baca surah 3qul & ayat kursi. Rasa berdebar pun sedikit hilang. Saya pun mulai lagi perjalanan dan menutup tingkap walaupun panas bermandikan peluh saya bertahan hingga keluar dari simpang kampung durian tunggal yang tidak jauh lagi dari bandar Ayer Keroh Melaka. Itu saja perkongsian cerita dari saya ada lg 1 cerita melibatkan hotel yang saya check in. Nanti ada masa saya akan ceritakan. Pesanan saya bagi yang memandu dalam keadaan lewat malam sebaiknya bawa lah seorang teman bersama. Sekian terima kasih semua.

Perkongsian daripada Fiz.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Permainan Baby Blue

Lebuh Raya Puaka