in

Kisah Seram Ku Semasa Kecil

Hai,nama aku Alif (bukan nama sebenar). Semasa aku kecil, aku sering mendengar bisikan-bisikan yang membuat aku takut. Suara bisikan itu mengatakan “Hahaha, ibu dan ayah kau akan mati, kesian kau sendirian nanti, hahaha”. Perkataan itu yang selalu ‘dia’ ucapkan, tak kira aku di mana, perkara itu membuat diri aku selalu menangis. Bila difikirkan balik, aku merasa malu. Yalah, selalu menangis, kat rumah apabila ibu dan ayah aku pergi, aku selalu merisaukan mereka. Disebabkan bisikan itu, ibu dan ayah aku pun selalu memarahi ku kerana selalu menangis ketika sekolah diorang selalu pukul dan kurung aku di bilik yang gelap padahal diorang langsung tidak mengetahui apa yang aku rasa kan selama ini. Sehingga lah aku meranjak dewasa, barulah bisikan itu hilang tetapi trauma yang aku alami, dipukul, ditengking, dikurung, membuat aku gila dan ingin bunuh diri. Kadang-kadang, ingin membunuh orang, haha. Kepada ibu dan ayah di luar sana, ajarilah anak kamu dengan baik, bukan dengan cara memukul atau memarahi mereka depan orang atau juga mengurung mereka, ingat anak anda akan ingat sampai besar, takut pula nanti dia jadi gila atau psycopat.

Perkongsian daripada Alif.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Suara Apakah Tu?

Asramaku Berhantu