in

Kisah Seram Hostel Puaka 733

Hai aku John (bukan nama sebenar), kisah ini bermula masa aku berumur 18 tahun aku sambung belajar kat universiti, universiti mana? lebih baik aku tak bagi tahu, masa aku masuk universiti ni aku rasa suka dengan universiti ni kerana agak mewah sikit tapi yang aku perlu uruskan sekarang ni kat mana pula aku nak menginap malam ni? Aku pergi kat bilik kaunter universiti aku tanya kat kakak tu “Kak oh kak ada bilik kosong tak sebab saya betul-betul perlukan bilik kak kat stor pun boleh juga asal bukan dalam tandas lah.” Kakak tu kata “maaf la ye dek semua bilik kat sini dah penuh.”
Kakak tu kata macam tu aku nak tidur kat hotel tapi itu pun kalau aku ada duit¬† kat dompet pun tinggal RM8.00 ja aku balik lagi kat kaunter universiti tu, aku tanya lagi kat kakak tu “KAK TOLONG LA AKU BETUL-BETUL PERLUKAN BILIK UNTUK MALAM NI.” Kakak tu kata “Kalau dah macam tu baik lah.” Kakak tu ambil buku nota dia, dia cari satu-satu bilik kosong, aku kata dalam hati “Hadoi kak komputer takda ka teknologi zaman batu jugak kau pakai.” Kakak tu kata “Hah dek dah jumpa satu.” Aku pun apa lagi, aku pun tersenyum lah. Kakak tu cakap lagi “Dek bilik tu agak keras sikit dah lama tak ada orang tinggal kat situ.” Aku kata “Takpa la kak asal ada tempat untuk aku menginap malam ni.” Aku ambil kunci bilik lalu terus pergi ke bilik tu, nombor bilik tu 733 aku lari laju laju pergi kat bilik tu, makin jauh aku pergi makin sunyi. Aku berlari macam cheetah, aku penat sangat. Aku rasa dah nak pengsan masa tu. aku capai kunci bilik dan buka pintu bilik TREEET masa aku masuk tu aku terserempak dengan seekor lembaga hitam sedang berdiri kat depan pintu aku dan benda tu bertatapan mata selama 5 saat. Selepas tu lembaga tu hilang tanpa jejak. Jam 10:49 aku terlelap kerana mengantuk sangat, masa aku terlelap tu aku terdengar suara orang macam meminta tolong “TOLONG TOLONG TOLONG.” Aku terbangun dan aku pergi ke arah sumber suara tu aku berkata dalam hati “Aii siapa pula minta tolong malam-malam macam ni ha?” Masa aku pergi kat sumber suara tu bertapa terkejut nya aku ketika aku ternampak ramai sangat lembaga hitam dan putih. Aku pun kemas barang cepat-cepat dan pergi dari bilik tu secepat mungkin. Jantung aku berdegup kencang, aku pun pengsan waktu pagi tu. Aku dikejutkan oleh seorang guru, dia kata “Dek kenapa tidur kat sini?” Lepas tu aku ceritakan semuanya. Cikgu tu kata oh bilik tu memang berpuaka cikgu, tu kata aku pindah kat bilik lain dan selepas hari kejadian itu, aku berpindah ke universiti yang lain pula. Dan sekian terima kasih itu saja cerita saya pada hari ini dan terima kasih kepada yang sudah membaca cerita saya ini.

Perkongsian daripada John.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Yang Masuk

Kisah Diganggu Pontianak