in

Kisah Seram Hospital

Pada tahun 2019 bulan 7, aku dimasukkan ke hospital kerana kemalangan jalan raya yang menyebabkan kaki & tangan aku patah akibat dilanggar kereta. Selepas aku menjalani pembedahan, 10 hari selepas itu aku diajar untuk turun dari katil untuk menaiki wheelchair. Malam pada hari yg sama aku rasa nak mandi kerana dah hampir 2 minggu tidak mandi, Bermulalah kisah seram yang hendak aku kongsikan, jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Masa tu katil aku berada paling belakang dekat dengan pintu kecemasan. Hanya ada 2 orang pesakit saj di situ, aku pun ambil kain tuala serta syampo & sabun untuk ke bilik air. Sampai saja aku dibilik air tidak ada seorang pun ketika itu. Aku pun memilih bilik air yg paling hujung & luas sesuai dengan kondisi aku yg ber wheelchair ni.

Aku tidak membuang masa lagi lalu aku pun mandi sambil aku memasang mp3 lagu² jiwang sambil aku menyanyi. Sedang seronok menyanyi tiba² lampu tandas tertutup lepas tu terbuka balik. Aku berhenti seketika lalu menyambung balik mandi sedang seronok menyempu rambut tiba² tandas kat tepi bilik air aku terbunyi orang flush tandas & terdengar org buka air paip. Aku fikir tak apa la mungkin ada pesakit @ penjaga pesakit mandi @ melepaskan hajat. Aku pun sambung mandi. Tengah syok² mandi tiba² semua tandas di tepi tandas aku adalah dalam 5 tandas semua flush berbunyi. Aku tiba² tergamam lalu terasa tak sedap hati lalu aku cepat² kan mandi dan siap² untuk keluar.

Sedang nak keluar aku terdengar orang bersiul tandas ke 2 dari tandas aku. Aku berhenti sekejap. Aku cuba nk dgr sekali lagi. Bunyi siulan itu ada lg. Lalu aku cuba beranikan diri aku berkata…”woii tadi aku nyanyi kau tak nak bersiul”… Tiba² siulan itu senyap aku pun bergerak nak keluar pada pintu besar tandas tiba² lampu berkelip² seperti orang main tutup buka suis. Aku pun pekik kat nurse…”jangan tutup lampu saya masih kat dalam. Tiba2 lampu menyala. Aku fikir ni mesti nurse main suis. Aku pun sambung keluar dari tandas tiba² siulan bunyi lagi. Aku dgn perasaan berani undurkan balik wheelchair dan masuk tandas balik pergi ke tandas yg berbunyi tadi. Sampai saja dekat pintu aku cuba tarik pintu tapi berkunci. Aku pun pekik ada orang ke dalam ni? Tiba2 diam siulan tu. Lepas tu paip dalam tandas tu. Terbuka air melimpah lalu bawah pintu & tiba² pintu pun sudah tidak berkunci aku pun cuba tarik pintu perlahan² dgn jantung aku berdebar².

Bila terbuka saja pintu, rasa jantung aku nak luruh kaki aku bergetar mulut aku kaku melihat lembaga disebalik pintu yg besar yang bertenggek diatas tandas duduk & berbulu hitam matanya merah melihat aku. Aku pun tutup mata lalu membaca surah² yang aku ingat. Aku pun membuka mata lembaga itu hilang. Aku dgn cepat keluar untuk ke katil aku. Keesokkannya aku demam. Lalu aku menceritakan pada nurse kat situ, dia kata wad ni memang ada gangguan kita semua sudah biasa dgn gangguan tp dgn bunyi² an saja. Tidak pernah serempak dgn lembaga tu, setelah itu aku dapat balik ke rumah kerana luka ku telah beransur pulih. Demikian lah cerita seram aku nk sampai kan. Masih ada 3 lagi kisah seram yang akan aku ceritakan nanti. Sekian terima kasih.

Perkongsian daripada Fiz.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ditindih Hantu

Permainan Baby Blue