in

Kisah Seram (Benar)

Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman seram zaman kanak-kanak. Kehidupan zaman kanak-kanak sentiasa dimomokkan oleh pelbagai kisah seram oleh emak dan nenek, sebenarnya untuk mengelakkan kami daripada merayau tak tentu haluan. Pengalaman seram ini berlaku ketika rembang tengah hari pada musim durian. Ketika itu saya berada di darjah dua, sekitar tahun 1995. Saya pulang ke rumah dari sekolah menaiki basikal dan nampak ayah di tepi jalan sedang meniaga buah durian. Tanpa melengahkan masa saya terus pulang ke rumah, laluan kiri dan kanan hutan tebal dan paling saya takut apabila perlu melalui sebatang pokok pukul lima dan ada akar sintok sangat besar melilit di pangkal pokok itu. Usai mandi dan makan saya berhasrat nak tolong ayah jual durian di jalan tadi.

“Mak, adik pi kat jalan sat tengok ayah juai durian”, kata saya kepada mak

“Mu jangan dok berjalan rembang-rembang ni takut hantu pari”, mak memberi amaran.

Dalam hati saya, mana ada hantu siang-siang ni. Mak ni nak takut-takutkan sayalah tu. Saya keluar senyap-senyap ketika dia tengah solat. Saya berjalan kaki menyusuri tepi hutan sebelum sampai di jalan. Ketika melalui hutan lalang, saya terdengar bunyi suara bayi menangis teresak-esak

Kuekkkkkuekkkkkkuekkkk

di tengah hutan lalang. Saya meremang satu badan. Tapi nak tahu juga suara siapa yang menangis. Saya berjalan perlahan-lahan meninjau sampai ke tengah, makin lama makin kuat. Di tengah hutan lalang tu ada satu kawasan lapang dan ada sebatang pokok cempedak. Di bawah pokok itu la suara itu kuat kedengaran dan nampak mcm satu bayangan lutsinar di bawah pokok tu. Saya tak pikir apa dah.

Terus lari langgar reba-reba ranting pokok. Saya lari sambil menangis sampai ke tempat ayah jual durian. Menggigil habis badan, bila beritahu ayah katanya itu hantu pari. Balik rumah kena bebel dengan mak sebab takmau dengar kata. Tapi memang seram tambahan pula masa tu saya baru 8 tahun. Kini hutan-hutan tu semua sudah ditebang untuk tapak rumah.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hubungi Makhluk Halus

Hantu Di Jambatan