in

Kisah Pukul 3 Pagi di Kampung

Assalamualaikum semua, nama aku Mia. Aku dan keluarga aku jarang balik kampung, kalau balik pun masa raya atau cuti panjang. Dekat kampung memang tiada siapa yang duduk di sana, tetapi makcik aku uruskan rumah itu untuk dijadikan homestay sewaktu kami saudara mara tidak balik kampung supaya tiada makhluk lain yang singgah rumah, maybe.

Pada hari raya tahun lepas 2019, kami semua balik kampung untuk menyambut raya. Kejadian ni terjadi sewaktu malam raya dikampung aku. Walaupun kita semua sambut hari raya, tetapi tidak bagi aku yang perlu menyiapkan kerja kursus untuk subjek prinsip perakaunan kertas 3 SPM.

Sebelum kejadian yang terjadi kepada aku ini berlaku, makcik dan pakcik aku menceritakan cerita seram tentang kawasan perkampungan aku. Bukan lah sesuatu yang tak wajar bila bercerita hal menyeramkan pada tengah malam.

Kampung aku pula bukan lah seperti kampung-kampung sangat, dia lebih more to bandar. Jadi tak adalah yang perlu di risaukan. Pada pukul 12 pagi, makcik pakcik aku membahas tentang kisah seram dan sejarah masa mereka kecik. Dan aku pula masa itu tengah menyiapkan tugasan aku yang perlu dibuat di laptop. Sambil menyelam minum air, sambil buat kerja sambil tulah nak mendengarnya.

Tuptaptuptap..
Jarum jam hampir pukul 2 pagi, makcik aku yang ada anak kecik sudah mula masuk ke bilik. Pada masa itu semua orang muka kepenatan dan nak tidur. Aku pula pada masa itu baru tersedar yang bateri laptop aku nak mati jadi aku pun cas laptop aku.

Aku cas laptop aku betul-betul dekat hujung sebelah dapur kampung aku. Sebab aku cas situ kerana dekat situ sahaja yang tiada siapa cas dan sebelahnya meja. Aku pikir aku bolh cas situ mudah untuk nak buat kerja dekat atas meja. Tapi firasat aku pada mulanya tak sedap mungkin sebab makcik pakcik aku cerita hal yang seram pada masa itu.

Pakcik mula masuk dalam bilik dan makcik aku yang lagi satu mula baring dan mahu tidur. Tepat pukul 3 pagi aku masih membuat kerja lagi, pada masa itu hati aku betul-betul tidak sedap. Sebab tempat aku duduk itu gelap tiada cahaya just cahaya dekat dapur sahaja yang buka. Aku mula membuka lagu dekat telefon aku, dan waktu itu tv di ruang tamu pula aku buka, “biarlah bersuara daripada senyap sunyi” hati aku berkata. Setelah itu aku fokus pada laptop aku, secara tiba-tiba dekat dapur aku terdengar bunyi sudu dan garfu berlaga dan terjatuh.

Pada mulanya aku mengabaikannya, firasat aku masa tu mungkin cousin aku yang masih kecik terjaga dan nak minta susu botol dekat mak dia. Kerana waktu itu juga sudah pukul 3 pagi, dan mungkin juga aku penat sangat sampai terdengar bunyi tersebut. Aku pun mula menjenguk dekat arah dapur, nasib lah di dapur ada pasang lampu, kalau tidak tak tahu macam mana aku, mungkin aku akan jerit dan semua orang terbangun. Sudahlah dapur kampung aku tu memang sedikit gelap dan menyeramkan. Tapi masa aku intai, tiada siapa yang bangun atau membancuh air ke atau bersuara ke, aku dah tak sedap hati.

Aku pura-pura tidak mengambil penduli, lepas je aku menyedapkan hati aku pada waktu itu, benda yang sama terjadi semula. Aku pun membuka speaker sekuat-kuatnya biarlah aku menenangkan hati aku dengan dengar dan sambil menyanyi. Bila benda tu berlaku kita sebenarnya automatik akan terpikir tau, jadi tak lama tu aku buat pilihan untuk tutup laptop dengan tv dan terus tidur. Aku mempunyai satu pakcik yang special, aku bersyukur sangat pada masa kejadian itu pakcik aku lah yang teman aku buat kerja sampai lah aku tutup laptop dan terus tidur sebelah makcik aku. Aku tak tahu kenapa pakcik aku tak tidur pada masa itu.

Perkongsian daripada Mia.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asrama Berhantu

Cermin Belakang Seram