in

Kisah Mistik Seorang Nenek Tua (Bidan)

Kisahnya bermula ketika aku sedang berpantang anak kedua di rumah ku sendiri. Rumah ku berdekatan dengan rumah parents aku. Aku merupakan ibu muda dan boleh melihat makhluk halus sejak dari kecik tapi bila dah besar jadi jarang-jarang jea, maksudnya bila benda tu ada dalam rumah ku @ disekitar, aku boleh nampak.

Aku melahirkan anak pertengahan tahun lepas. Aku tinggal di bandar. Semua orang tahu nak cari bidan @ tukang urut di bandar nie memang susah dan payah tambahan mahal pulak tu. Beberapa bulan sebelum bersalin bermacam-macam persiapan aku buat termasuk lah survey bidan dalam internet dan melalui kawan-kawan.

Selepas bersalin, aku dah jumpa bidan sorang nie, dia boleh datang rumah dan bayar seikhlas hati, dia tak minta pon bayaran. Tapi ada 1 masalah, dia urut macam tu macam tu jea haih, tak rasa langsung, lepas urut tu aku bagitau suami aku, untuk reject.

Sampai lah ke giliran tukang urut NENEK MISTIK nie 😨. Pagi tu mak aku masuk rumah ikut pintu dapur (pintu belakang). Aku yang tak tahu pape nie mata masih terkial-kial baru bangun, mak aku perkenalkan nenek tua nie umo lebih 80an masih gagah lagi berjalan dan melompat. Mak kata nenek nie power mengurut, mak dah try, mak suruh aku pulak mengurut ngan nenek nie. Dia suruh aku mandi dulu, pas mandi terus di urut-urutnya aku, tapiiiiii… time part kat bahagian peranakan, dia guna kaki! KAKI OK! Aku diam jea. Hmm tapi dia urut sedap weh guna tangan huhu. Dia siap bagi aku makan jamu buatan dia sendiri dan lepas makan esoknya bangun badan aku terus bertenaga! Segar ok. Malah aku rasa macam bukan dalam pantang. Tak ada sakit apa-apa, badan ringan siap boleh melompat bagai, tapi aku tak lompat lah hehe. Just nak korang imagine betapa kuatnya jamu tu sekali makan!
Oh yeah, aku berpantang anak sulung ada sekali, tapi yang peliknya anak sulung aku umo 1 tahun+ time tu tak nak langsung dekat dengan dia, salam tak nak, duduk dekat ngan nenek tu lagi lah dia menangis-menangis tak nak. Time tu aku tak pikir pape pon. Hmm tak tahu kenapa aku tak pikir pape. Nenek tu datang dekat ngan anak aku pon, anak aku lari nangis-nangis. Satu hari tu aku baringkan anak sulung kat atas riba aku tiba-tiba nenek tu datang kat ngan aku, dia ajar cara urutkan kaki baby @ budak-budak, time tu anak aku meronta-ronta macam tak nak nenek tu pegang dia, tapi aku tahan jea anak aku sampai lah nenek tu dah abeh urut kaki anak aku.

Lepas beberapa hari tu, tiba-tiba datang pulak seorang ustaz dari darul syifa. Aku nie pelik lah. Dia lalu ikut dapur juga. Oh yea, kiteorang bagi kunci belakang supaya mudah mak @ adik nak masuk, sebab dekat jea kalau lalu dapur. Ok berbalik dengan cerita tadi, lepas ustaz tu datang, mak bagitau nenek tu ada JIN! JIN apa? HANTU KUCING. Yea, tukang urut siam nie banyak guna jin, dekat siam ustaz tu kata paling kuat HANTU KUCING. Hantu kucing nie dia macam nie, dekat nenek tu dia ada seekor ketua kucing, lepas tu ketua nie boleh suruh anak-anak dia yang berapa ekor tak tahu lah pergi mana yang tuan dia suruh. Setiap orang yang pernah urut dengan nenek nie, nenek nie akan letak seekor anak dalam badan orang tu. Dan orang tu boleh jadi terus sihat lepas mengurut ngan nenek nie. Contoh terdekat abang aku, kebetulan dia tak leh jalan sebab jatuh teruk, lepas nenek tu urut kaki dia, terus boleh jalan dan lompat. Tak percaya? Tak percaya sudah huhu.

Sorry, tiap kali bercerita macam lari ke tempat lain pulak hehe.. Jangan marah naa.. 😅
Lepas ustaz tu baca-baca dia bagitau nenek tu letak kat kepala aku seekor kat peranakan aku DUA EKOR! time dia rukyah kan aku, perot aku sakit sangat-sangat, terutama kat tempat peranakan. Allahu, tak terkata sakitnya 😢, lepas jin tak ada dalam badan, badan terus jadi lemah selemah-lemahnya macam lepas bersalin. Beberapa minit kemudian, dia pon baca-bacakan kat anak aku, ada seekor dia letak kat kaki anak aku, tempat dia urut! Patutlah lepas balik jea nenek tu, anak aku duduk sendiri sambil pegang-pegang kaki dia. Setiap hari dan setiap waktu dia jadi gitu sampai lah ustaz tu buang jin dari kaki dia. Ustaz pon ceritalah pasal nenek nie, pasal hantu kucing segala kucing yang dia tinggalkan dibadan. Yang jamu tu pulak, ustaz tu kata dibuat di tokong buddha, ada jampi-jampi dan ada bau-bau kemenyan. Tetibe mak bagitau nenek nie baru masuk islam, patutlah kiteorang tengok dia langsung tak sembayang, tapi bila pasang oasis ayat-ayat zikir, dia ikut zikir juga kuat-kuat sambil mengurut. Tapi tak pernah sembayang okay sepanjang urut aku, mak, abang dan makcik aku kat rumah aku yang ambek masa dari tengahari sampai dekat nak senja. Masa ustaz nak masuk ikut pintu belakang sebelum tu ustaz baca-baca tapi tiba-tiba ustaz tu macam bergelut ngan benda tu smpai ustaz tu nak jatuh terduduk, rupanya nenek tu letak benda tu seekor kat belakang rumah, patutlah suami aku kerap nampak seekor kucing yang bertenggek kat belakang dengan seramnya.

Ustaz tu pesan, lepas nie kalau nak mengurut elakkanlah mengurut dengan orang siam, sebab majoriti orang siam banyak guna ilmu. Lepas tu ustaz tu bagitau jangan seru nenek tu, nanti dia datang. Sebab benda tu boleh tahu kalau orang duk seru, cakap, cerita @ teringat kat dia nanti jin tu akan bagitau nenek tu, dan nenek tu akan datang dekat kita. Hmm, sepanjang aku type nie, hati rasa berdebar-debar sangat, takot seram semua ada. Tapi macam mana pon aku nak sangat share supaya berwaspada selalu ketika memberi orang yang tak kenal menyentuh badan kita ☺️
Salam.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Wad Bersalin

Pejabat Ku Berhantu