in

Kisah Misteri Pemandu Teksi

Pengalaman hampir 15 tahun membawa teksi telah membuat dirinya ibarat lali dengan bermacam perkara yang menimpanya. Malam jam dimeter teksi nya menunjukkan pukul sembilan setengah malam. Malam itu dia menghantar seorang gadis ke Shah Alam, oleh kerana kesian melihat gadis itu berseorangan seperti orang yang hilang arah.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yunus, 39, adalah seorang persara tentera. Dia tidak menyangka malam itu dia akan diduga dengan kejadian yang tidak pernah difikirkan akan berlaku pada nya.Sewaktu dalam perjalanan mengha ntar gadis itu seperti biasa dia akan melalui Lebuhraya Persekutuan. Setelah selesai menghantar gadis itu ke Shah Alam, dia mengambil keputusan untuk pulang sahaja kerana hari pun dah jauh malam.
“Saya pulang dengan melalui jalan yang sama, oleh kerana saya fikir tidak lagi mengambil penumpang jadi saya tak la tergesa-gesa pulang dan hanya memandu seperti biasa. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang cuba menahan teksi saya. Jadi saya pun memberhenti kan teksi dan lelaki itu berkata yang dia mahu ke Ampang Jaya, kebetulan saya pun memang menghala ke sana kerana saya pun menetap di Ampang juga. Saya berasa kesian kerana hari dah lewat malam dan kebetulan saya pun ke arah yang sama, jadi saya pun tumpangkan lelaki tu” Ujar Yunus ketika diwawancara.
Sambung Yunus lagi, lelaki itu memberitahu yang dia baru pulang dari kerja di salah sebuah kilang di Shah Alam dan dia kena ‘overtime’ jadi sebab sudah tiada bas terpaksa lah dia jalan kaki balik rumah. Kebetulan dia nampak teksi yang dipandu Yunus dan terus menahannya. Malam tu banyak lampu jalan tidak berfungsi. Manakala rumah lelaki itu jauh ke dalam dan harus melalui sebuah perkampungan setinggan yang tidak mempunyai lampu jalan.
“Dah la cermin tingkap teksi kena bukak sebab penghawa dingin tiba-tiba rosak waktu tu, jalan depan sikit baru la ada lampu tu pun malap-malap” Ujar Yunus sambil menggeleng-gelengkan kepala nya.
Menurut Yunus lagi, setelah menurun kan lelaki itu dia pun terus beredar dari situ kerana hatinya mula rasa sesuatu yang kurang menyenangkan. Dengan tidak semena-mena bumbung teksi nya berdentum kuat seperti ada pokok yang menimpa teksi nya. Terus dia memberhenti kan teksi nya dan keluar memeriksa apa yang telah berlaku. Namun setelah diperiksa nyata tiada apa pun terjadi, malah bumbung teksi nya tidak mengalami sebarang kerosakan.
“Bila saya nak masuk ke dalam teksi saya semula, tiba-tiba datang angin bertiup kencang ke arah saya. Hampir terjatuh jugak la saya. Cepat-cepat saya masuk ke dalam teksi semula” kata Yunus.
Menurut Yunus, selepas itu dia terus memandu teksi nya pulang dan tidak langsung berhenti walaupun ada yang cuba menahan teksi nya. Katanya lagi, mulai saat itu dia tidak berani lagi untuk memasuki kawasan itu lagi dan berharap kejadian itu tidak akan menimpa dirinya lagi.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pontianak

Mayat