in

Kisah Diganggu Pontianak

Masa raya tahun lepas, aku, mak aku dengan adik aku balik ke kampung halaman. Masa tu aku masuk simpang kampung, aku tu lepas tu aku ada ternampak orang pakai baju putih lepas tu berdiri di depan kubur yang dah lama tu tapi masa tu aku tak rasa pelik sangat masa tu. 2 minit lepas tu aku sampai lah dekat kampung aku. Lepas tu aku jumpa dengan sepupu aku, makcik, pakcik aku. Tapi aku ada terfikir jugak dengan perempuan baju putih tadi tu sebab mana ada orang pergi kuburan tak pakai tudung tapi aku tak fikir banyak sangat. Bila aku dah habis beraya, semua orang pun dah tidur aku pun apa lagi terus baring lepas tu tidur. Dalam pukul 3 malam tu aku terbangun sebab perut aku tiba tiba sakit pulak. Aku pun bangun nak pergi tandas tapi masa aku bangun dari katil tu, aku tertengok dekat cermin tu ada perempuan yang aku nampak dekat kuburan dia merenung aku dengan mata yang tajam, dengan cepat aku tengok belakang aku tapi takde siapa-siapa pun, jadi aku ingat perasaan aku je kot sebab aku pun mengantuk sangat masa tu, jadi aku pun turun bawah pergi tandas sorang-sorang tapi masa tu aku rasa macam ada orang ikut aku. Aku tengok kiri kanan takde orang pun, aku pun apa lagi terus lari laju-laju pergi tandas tutup pintu terus kunci. Tak lama lepas tu perut aku dah sakit sangat dan aku pun dengan berani buang air sorang-sorang kat situ, dalam fikiran aku masa tu, aku nak tidur je. 5 minit lepas tu aku dah habis buang air, aku pun keluar tapi alangkah terkejutnye aku, aku ternampak perempuan yang dekat kubur tu tapi kali ni muka buruk sangat sampai aku pengsan. Esok dia mak aku jumpa aku depan pintu tandas.
Lepas tu aku terus demam. Beberapa hari lepas itu aku dah tak nampak dah perempuan tu tapi satu je yang aku masih pelik, sebelum aku pengsan tu perempuan tu ada cakap sesuatu (tolong aku…).

Perkongsian Daripada Mikyle.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Seram Hostel Puaka 733

Siapa Yang Makan Nasi Tadi?