in

Kisah Budak Kecil

Beberapa tahun lepas, sekitar rumah aku sekarang ni cuma kawasan estet dan hutan². Kawasan ni belum di naik taraf menjadi kawasan perundustria dan perumahan. Masa aku pindah tu barulah beberapa penempatan dibina bersama beberapa fasiliti lain. Di belakang taman perumahan aku ni ada satu jalan kecil yang cuma boleh dilalui oleh sebuah kereta saja untuk satu masa.

Jalan kecil tu menuju ke dua kampung melayu dan cina india yang wujud lebih awal disini. Kiri dan kanan jalan kecil itu cuma ada busut dan pokok² sawit.

Bayangkan situasinya begini, satu taman, jalan belakangnya ada lorong kecil yang kiri dan kanannya ada pokok² sawit dan busut, dan TIADA walau sebatang lampu jalan pun sepanjang lorong kecil yang kira² 1km tu. Korang cuma akan nampak lampu pertama di hujung jalan simpang nak ke dua buah kampung tu je. Sekitar kawasan kampung tu pulak hutan dan bukit kecil.

Okay, ceritanya adik lelaki kawan aku, aku namakan dia Wan, selalu main badminton kat dewan serbaguna yang ada kat kampung belakang taman kami ni. Jadi, setiap malam minggu dia akan lalu jalan tu untuk ke dewan sana.

Selalunya macam biasa, takde apa² yang seram pun kat area tu melainkan jumpa babi hutan berlari nak ke hutan sebelah lagi ataupun ular ataupun burung hantu. Tu je.

Tapi satu hari tu, tak pastilah hari apa (yelah selalunya kan hantu melayu asal malam jumaat je seram), Wan balik dari dewan tu agak lewat malam sekitar jam 11 lebih.

Berbekalkan hanya cahaya lampu motor, kelihatan dihadapannya ketika itu seorang budak kecil, baby actually (macam baby yang kita tengok selalu yang dah boleh berdiri sendiri).

Bayangkan ada baby berdiri kat tengah jalan gelap pukul 11 malam sorang², korang rasa ?
Baby tu badannya gelap, tapi mata dia merah, bogel separuh macam toyol tu. So memang Wan konfiden tu bukan spesis manusia. Baby tu tak buat apa², cuma berdiri kat tengah jalan sambil bertentangan mata dengan Wan.

Nasib baik si Wan ni di didik dengan ilmu agama dengan baik, jadi dia memang tak takut malah sempat lagi mengerling makhluk tu sambil lalu buat tak tahu je. Yang penting ayat² suci Al-quran tak putus² di baca. Selamatlah dia sampai ke rumah tanpa diekori atau diganggu.

Nak kira takut, sampai ke sudah lah tak keluar rumah kan ?
Even kat rumah pun belum tentu selamat daripada makhluk Allah spesis tu yang kita tak nampak ni kan ?

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Pengantin Berpaku

Jelmaan Berambut Panjang