in

Kisah Batu Besar

Hai ,Saya Shel

Tanpa membuang masa, saya akan menceritakan pengalaman saya semasa melancong ke suatu tempat yang banyak dikunjungi oleh orang ramai. Sesampainya saya ke tempat destinasi sambil membawa barang-barang saya ke tempat penginapan, saya terus berurusan dengan tuan rumah tentang penginapan supaya saya boleh tinggal dalam masa seminggu.

Setelah selesai berurusan dengan tuan rumah tentang penginapan, saya pun baring di atas katil. Jam menunjukkan 6:30pm, kerana di rumah saya terlampau teruja sehingga tidak boleh tidur sampai pagi.

Keesokan harinya kisahnya bermula begini,
Semasa saya dan beberapa orang asing sedang menaiki bas (khas untuk pelancong).. Bas tersebut memasuki ke sebuah tempat yang indah serta banyak flora dan fauna. Guide pelancong memberikan penerangan kepada kami yang berada dalam (bas pelancong) terhadap tempat tersebut. Saya melontarkan pandangan saya di luar tingkap kereta tiba-tiba saya terlihat sebuah Batu Besar yang di selaputi akar-akar kecil dalam masa yang sama saya terlihat seorang gadis cantik yang duduk atas batu besar dan melambai ke arah kami. Saya pun melambai ke arahnya tiba-tiba Guide pelancong pun bertanya kepada saya “Ehhh awak dah kenapa melambai ni?” Saya pun berkata “Ehh ada awek lah kat sana.” Guide Pelancong pun berkata “Ehh awek? Dimana?” Saya pun berkata “Yang duduk kat batu besar tadi lah.” Guide Pelancong berkata “Ehhh awak ni pelik lah, ada ke perempuan dekat hutan ni? Hahahaha?” Setelah itu, kami berpatah balik dari tempat tersebut sehingga melalui tempat batu besar.
Guide Pelancong pun berkata “Tengok tu takde awek pun, imaginasi awak kot.” Saya pun berasa hairan tetapi pelancong asing seperti tidak tahu apa yang kami cakap.

Jam menunjukan 5:00pm , saya pun balik ke tempat penginapan bersama-sama beberapa pelancong asing tetapi jalan yang berbeza. Setelah tiba tempat penginapan, saya pun memasak makanan kegemaran saya kerana saya telah membawa bahan-bahannya dari rumah. Setelah siap memasak, saya menghidangkan makanan kegemaran saya di atas meja. Tiba-tiba pintu di ketuk tok!!!tok!!!tok!!! Lalu saya membuka pintu alangkah tekejutnya saya kerana perempuan yang cantik itu betul-betul di depan saya. Jadi tanpa melengahkan masa saya pun mengajak dia makan. Setelah selesai makan, dia pun balik ke tempatnya. Saya dengan segera membasuh pinggan yang telah digunakan mengecualikan pinggan perempuan cantik tersebut kerana dia tidak makan sebutir nasi pun. Jam menunjukan 10 pm, saya pun berfikir siapakah perempuan tersebut? Persoalannya dia tinggal dimana?
Tanpa melengahkan masa saya masuk ke dalam bilik dan tidur di atas katil. Tiba-tiba saya  bermimpi yang saya sedang masuk tempat hutan dimana batu besar itu berada depan saya, alangkah terkejutnya saya. Saya melihat perempuan diatas batu itu terus  melompat ke arah saya dan saya pun berundur ke belakang tiba-tiba  mukanya yang cantik bertukar kepada  wajah yang ada tompok hitam dan darah yang keluar dari lubang mukanya beserta cacing yang banyak. Saya pun terberhenti kerana berat badan saya sangat berat dan tidak dapat bergerak. Saya membuka mulut saya untuk menjerit meminta pertolongan tetapi gagal kerana mulut saya tidak dapat bercakap. Dia semakin dekat dengan saya sambil ketawa mengilai-ngilai dan berkata “Pulang lah kau jangan datang sini lagi” Saya pun panik sehingga saya terbangun dari mimpi yang ngeri itu, jam menunjukkan 6:50 pagi, bas pelancong  sudah menunggu saya di luar rumah. Tanpa berlengah masa saya membatalkan niat saya untuk teruskan mengikuti ke tempat seterusnya dan menerangkan kepada Guide Pelancong yang saya mahu pulang hari itu juga dan Guide Pelancong pun berkata “Rugi lah awak bayar dah ratus-ratus  tiba-tiba awak cancel untuk ikut kami ke tempat seterusnya. Saya pun berkata “Biarlah asalkan saya tidak diganggu lagi” Guide Pelancong pun berkata “Sebenarnya begini perempuan yang awak nampak tu sebenarnya rohnya tak tenteram kerana dulu dia suka memanjat batu besar tersebut tetapi malangnya dia terjatuh dan terhempas menyebabkan kedua-dua kakinya telah patah dan kepalanya pecah terkena batu, yang awak tinggal kat sini adalah tempat tinggalnya, minta maaf sebab tak seberapa layan awak semasa kelmarin kerana kalau saya layan awak pelancong yang lain akan takut jadi saya tidak ambil kisah betul” Saya pun berkata “Awak bole hantar saya kat tempat tersebut?” Guide Pelancong pun berkata “Boleh apa awak nak buat?” Saya pun berkata “ Kat sini ada jual bunga tak yang dihias cantik?” Guide Pelancong pun berkata “Ada awak nak? Sebab dalam bas pun dah ada.” Saya pun berkata “Bagi saya yang harga RM25” Setelah itu, kami pun bergegas ke tempat batu besar dan saya pun keluar sambil membawa bunga yang dihias dengan cantik dan letak di  depan batu besar lalu kami kembali ke tempat penginapan untuk mengemas barang-barang saya untuk pulang,  semasa keluar dari tempat hutan tersebut saya sempat memandang belakang yang perempuan cantik itu sedang menangis sambil memegang bunga yang dihias itu dan kami pun beredar dari situ. Selepas keluar tempat tersebut, saya pun mengemas barang-barang saya dan saya pun balik mengikuti  kereta yang lalu-lalang di jalan raya.

Dari sini saya tidak lagi lupa untuk berdoa, setiap masa yang terluang saya akan berdoa, setiap kali pergi ke tempat sesuatu saya akan berdoa bagi mengelakkan  gangguan dari makluk halus dan lain-lain. Sekian, Terima kasih.

Perkongsian daripada Shel.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah Ditinggalkan

Suara Apakah Tu?