in

Kisah Babu Ranek / Nenek Ranik

Benda ni aku dah perasan lama dah. Aku mula perasan sejak beberapa tahun ini. Di Kampung aku yg terletak di Membakut, kampung tu kampung orang Brunei tetapi nama kampung tu lebih baik aku tidak beritahu.

  Di kawasan rumah datuk dan nenek aku, memang ada yang cakap keras sikit. Selalu dengar-dengar bunyi yg pelik-pelik. Dari hutan dan dari sebuah rumah tinggal berdekatan kawasan itu.

  Sejak aku lahir lagi aku ada kenal seorang nenek. Kami panggil dia Babu Ranek atau Nenek Ranek. Babu Ranek ni seorang yg, boleh dikatakan misteri. Kami tidak tahu pun latar belakang dia dan kami tidak tahu pun siapa diri dia sebelum dia tinggal di kampung tu.

  Ada orang kata dahulu dia tinggal di Kota Kinabalu dan berpindah ke kampung kami. Ada juga orang kata dia memang asal kampung tu cuma dulu dia tidak brapa suka bersosial. Babu Ranek ni, memang selalu melawat ke rumah nenek aku. Biasanya seminggu sekali dia akan berhenti dan bercerita sebentar dengan nenek aku semasa dia dlm perjalanan ke kedai runcit.

      Perkara seram bermula pada tahun ini. Pada awal tahun aku berasa ingin tahu mengapa Babu Ranek berperangai pelik sejak kebelakangan ni. Dia sering berkata perkara yg aneh seperti. “Aku rasa dah tak lama dah ni, harini aku akan kena tangkap diorang dah datang setiap malam.”

   Lebih kurang setiap 7 minggu dia berkata perkara sma setiap kali bertemu datuk dan nenek aku.

     Pada suatu hari, Covid 19 telah tiba di Malaysia dan perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan. Aku berasa bimbang akan nasib datuk dan nenek aku, jadi aku menelefon mereka bertanya khabar.

    Mereka kata mereka dlm keadaan yg baik. Terlintas di hati aku menanyakan nasih Babu Ranek. Mereka menjawab mereka tidak tahu kerana sejap PKP, Babu Ranek tidak pernah keluar rumah.

     Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Maka tamatlah Perintah kawalan pergerakan. Aku bergegas pulang ke kampung untuk melawat nenek dan datuk aku.

     Setibanya aku di sana jam sudah menunjukkan 9:30 malam. Aku memberi salam lalu masuk ke rumah. Alangkah terkejutnya aku bila melihat Babu Ranek berlari kearah aku dalam keadaan yg ketakutan.

     Dia berulangkali memberitahu aku. “Diorang dah tangkap dia, diorang bukan datang nak tangkap aku, diorang nak tangkap dia.”

       Aku yg dalam kehairanan pun mengarahkan Babu Ranek bertenang dan duduk. Aku bertanya soalan kepada Babu Ranek. “Siapakah dia yg Babu maksudkan?”

       Dia menjawab. “Kakak aku. Diorang dah tangkap kakak aku.”

        Setelah itu aku pun teringat bahawa Babu Ranek mempunyai kakak yang mempunyai masalah mental.

       Aku bergegas ke Hospital dan bertanya mengenai orang yang mempunyai penyakit mental yang dibawa kesini. Aku memberikan nama kakak Babu Ranek serta alamatnya.

      Tiba-tiba semua pekerja Hospital memandang aku selepas aku menyebut nama Kakak Babu Ranek. Mereka berkata pada aku “Nama yang encik sebut tu adalah nama bekas pesakit di sini yang telah meninggal dunia 10 tahun lalu.”

      Aku dengan wajah yang ketakutan pun bergegas pulang ke rumah datuk aku dan menceritakan perkara tersebut kepada mereka. Rupanya arwah kakak kepada Babu Ranek itu telah meninggal dunia namun mayatnya telahpun hilang di rumah mayat. Polis telah menjalankan siasatan walaubagaimanapun iyanya menemui jalan buntu.

   Sejak hari itu, aku tertanya tanya kemanakah mayat tersebut menghilang dan kemanakah Babu Ranek? Dia tidak lagi melawat rumah datuk aku sehingga hari ini.

                          TAMAT

Perkongsian Daripada Nabil.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kereta Di Alihkan

Asap