in ,

Bukan Makhluk Biasa

Salam kepada semua. Aku nak menceritakan pengalaman tentang apa yang terjadi dekat aku. Sebenarnya banyak jenis makhluk yang aku boleh nampak, dari bunian sampailah ke pocong kerana aku memang ada kelebihan untuk melihat makhluk seperti itu. Aku mulakan cerita kejadian yang berlaku dekat aku.

Pada satu malam tu masa aku nak kunci motor di luar rumah, aku perasan ada sesuatu di atas bumbung rumah nenek aku. Oh, lupa nak bagitau korang yang rumah aku ni berdekatan dengan rumah nenek aku. Makhluk tu tidak seperti makhluk yang aku biasa tengok kerana keadaan dia tengah merangkak. Rupa makhluk itu sangat seram berpakaian putih serta mempunyai kuku yang tajam dan gigi yang tajam. Makhluk ni takde muka cuma ada mata sahaja. Apa yang peliknya, dia cuma menghadap ke satu arah sahaja. Nasib baiklah masa tu dia tak perasan yang aku takde kat situ. Aku pun terus masuk ke dalam rumah dengan ketakutan. Aku perasan makhluk tu ada dekat atas selama tiga hari berturut-turut. Bumbung rumah nenek aku tu dalam keadaan yang sama tapi malam keempat tu sekali lagi aku tengok dia ada atau takde. Bila aku tengok, rupa-rupanya dia pun tengah tengok aku dengan muka yang seram kemudian dalam sekelip mata, dia hilang entah kemana. Aku pun ketakutan terus berlari masuk ke dalam rumah. Selepas sahaja kejadian tu, aku takde nampak lagi makhluk tu sampai sekarang dan aku berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.

Minta maaf kalau korang tak faham cerita aku.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pangsapuri Tingkat 3 Part 1

Siapa Mereka?