in

Ketukan Misteri

Kisah ni terjadi 12 tahun yang lalu, waktu tu aku masih berusia 10 tahun/darjah 4. Waktu cuti sekolah aku dan adik (Lara) memang akan pulang ke kampung manakala ayah dan ibu akan tetap di rumah untuk bekerja, aku agak takut untuk pulang ke kampung memandangkan rumah kampung yang agak usang daripada rumah kami. Namun, aku tak mahu menyusahkan kedua orang tuaku yang terpaksa bekerja keras untuk menghidupkan kami sekeluarga.
 Dipendekkan cerita, tibalah kami di kampung, ayah dan ibu berbual sebentar sebelum memulakan perjalanan pulang ke rumah. Atok dan nenek menyambut kami dengan mesranya, senyuman manis dari bibir mereka membuat rasa takut ku hilang. Lara berlari ke arah nenek dan memeluknya, aku pula terus bersalaman dengan atok dan nenek. Tak terasa, waktu suda menunjukkan jam 6 petang, waktunya makan petang, atok menasihati kami supaya tidak membuka pintu rumah jika ada orang yang mengetuk dan jangan sesekali biarkan tingkap terbuka jika hendak tidur. Aku dan lara mengangguk tanda mengerti.
  Setibanya waktu malam, Lara telah terlelap lebih awal dari aku, aku pula tidak dapat tidur kerana terlalu sejuk. Rumah kampung memang tidak mempunyai penghawa dingin atau kipas tapi sejuk daripada tiupan angin dan kehijauan pokok-pokok di sekeliling. Aku mengambil secawan air suam untuk diminum, semasa sedang mencuci cawan tiba-tiba tok..tok…tok bunyi ketukan daripada luar rumah. Aku terkejut, siapa yang mengetuk pintu rumah?kemudian aku teringat nasihat atok untuk tidak membuka pintu, tapi ketukan itu membuatku tertanya-tanya,perasaan ingun tahu ku membuak-buak. Aku berjalan selangkah demi selangkah kemudian tangan ku menyentuh tombol pintu tiba-tiba
Atok: Apa yang kau buat tu, aku dah cakap jangan kau buka pintu tu ! (marah)
Aku: (tergetar2) Yaa tok. Maaf.
Kemudian aku berlari menuju bilik, dari dalam bilik aku dengar atok cakap “Pergi! Jangan kau cuba-cuba kacau cucu-cucu aku!”
kemudian atok menghentak pintu tu dengan kuat, suasana menjadi hening seketika. Aku akhirnya terlelap jua.
  Keesokan harinya, aku bangun seperti biasa selepas mengosok gigi terus bersarapan, atok membaca surat khabar manakala nenek sedang mengoreng karipap, aku lihat Lara sedang bermain sendiri di luar rumah. Aku menghabiskan sarapan dan terus bermain bersama Lara, Lara tiba-tiba menjerit sambil menutup mata “Ahhh!! Hantu! Hantu!” atok dan nenek berlari ke arah Lara. Nenek mengucapkan doa di kepala lara manakala atok terus berteriak “Sudah aku kata, jangan kau ganggu cucu aku!” Aku yang ketakutan akhirnya menangis seperti Lara, nenek memeluk kami dan membawa kami naik ke dalam rumah. Tak lama kemudian atok naik ke rumah seperti tiada apa-apa yang terjadi.
 Lara mendadak demam dan terpaksa balik ke rumah bersama ayah dan ibu, tinggal aku di kampung bersama nenek dan atok. Nenek mengajarku cara membuat kuih,nasi lemak dan menjahit supaya aku tidak merasa bosan. Atok sentiasa membawa aku ke kebun untuk memetik buah dan sayur. Semua berjalan lancar sehinggalah pada suatu malam tanpa aku sengaja aku membiarkan tingkap terbuka luas kerana merasa panas pada malam itu. Tak lama kemudian, aku dikejutkan dengan suara atok, kemudian atok memimpin tanganku dan berjalan ke ruang tamu menuju pintu luar. Aku masih terkebil-kebil baru atok membuka tombol pintu, “Woi kau nak ke mana!” suara atok dari belakang membuat aku terkejut, perlahan-lahan aku menoleh ke sampingku. Dan “Ahhhh!!” aku terkejut melihat wajah yang tadi ialah atok ku kini bertukar menjadi menyeramkan, dia adalah seorang wanita dengan lidah yang panjang, matanya merah menyala, tubuhnya sangat kurus dan berbau yang sangat busuk. Aku merasa pening dan kemudian blakk aku terjatuh dan pengsan.
 Aku sedar bila melihat ada ayah,ibu, nenek, atok dan Lara di sampingku. Ibu terus memeluk ku, rupanya sudah 3 hari aku pengsan. Aku dibawa pulang ke rumah sebelum pulang aku memberanikan diri bertanya kepada atok tentang peristiwa itu. Atok menghela nafas panjang dan menjawab.
Atok: “Dulu sebelum atok buat rumah di tapak ni, tanah ni diduduki oleh seorang nenek tua. Dia selalu memberikan anak-anak kecil yang lalu di rumahnya makanan. Sehinggalah pada suatu hari, semua anak-anak kecil tu menghilang dengan misteri. Bila orang kampung berkumpul, mereka mencerobohi rumah nenek tu dan mendapati banyak mayat anak kecil dan ada dua tanduk kerbau yang sangat besar. Mereka tahu nenek tu ahli sihir lalu mereka heret nenek tu ke luar dan bakar nenek tu hidup-hidup. Roh nenek tu tak diterima, akhirnya dia tetap menghantui kampung ni terutama anak-anak kecil seperti kamu”
Aku terkejut tetapi akhirnya aku mengerti.

Perkongsian Daripada Edwinna.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sesat di Alam Bunian

Kereta Di Alihkan