in

Kereta Di Alihkan

Nama saya Ann, dulu saya bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pada tahun 2003, kisah ini terjadi dan sampai sekarang saya belum lagi mendapat jawapan benda apakah yang mengalihkan kereta yang saya pandu tu ke tempat lain.
Masa tu saya bersama teman baik saya iaitu Syikin. Kami dalam perjalanan dari Selayang hendak ke Sg.Buluh. Masa sampai di traffic light di Selayang menuju Sg.Buluh, didepan kereta saya ialah sebuah lori yang membawa batu kecil. Masa lampu traffic light brtukar hijau, dengan tidak semena-mena ada sebuah kereta kancil dari laluan kiri sekali memecut laju dan jika saya menekan brek kereta pasti kereta saya akan masuk dibawah perut lori yang berada didepan saya tu.
Saya dan Syikin menjerit sambil memejam mata, dalam kepala saya ‘Ya Allah, kali ni mesti kami jadi nahas kemalangan ni.’
Tapi apa yang saya pelik, selepas kami membuka mata yang terpejam hanya beberapa saat tu, kami tidak lagi berada di Selayang tapi sudah berada di Rawang. Syikin menggigil takut sambil bertanya “Ann, apa dah jadi? Kita kat ni, bukan ke kita tadi dah terlanggar lori kat depan masa kat traffic light?”
Saya hanya terpingai-pinggai turut terkejut.
Lepas tu saya terus balik ke Sg.Buluh. Selepas kejadian tu, seminggu Syikin demam.
Sampai ke hari ini, kejadian tersebut masih menghantui fikiran saya. Pernah dulu masa masih bekerja di hotel, saya ada ditegur oleh Pakcik sekuriti hotel, katanya “Dik, kau orang mana?” Jawap saya, orang Kelantan. Kenapa pakcik?
Katanya lagi “Beruntung kau dik. Ada pendamping yang jaga kau tapi jaga dari jauh sebab kau tak cukup amal ibadat.”
Terkejut la saya “pendamping?? Apa tu pakcik?? Setan ke?!!”
“Bukan!!” kata pakcik tu. “Tu pendamping nenek moyang punya. Dia ada jaga kau dari jauh.”
Ngeri jugak bila pakcik tu bagitau macam tu.
Adakah kejadian traffic light tu, ada kaitan dengan pendamping? Saya meminta pada pembaca sekelian yang mana arif pasal hal ni, minta tolong berikan komen dan pendapat. Okay, itu adalah salah satu kisah misteri dalam hidup saya dan ia adalah benar-benar terjadi. Bukan rekaan semata-mata.
Nanti saya akan kongsikan lagi banyak kejadian yang pelik-pelik yang terjadi dan saya alami sendiri.
Terima kasih.

Perkongsian Daripada Ann.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ketukan Misteri

Kisah Babu Ranek / Nenek Ranik