in

Kerasukan

Kisah ni terjadi 3tahun lepas, waktu tu aku umur 14tahun. Benda ni terjadi sendiri dekat diri aku.

Time tu sekolah sesi petang, biasalah kalau sekolah sesi petang kebanyakannya waktu pendidikan jasmani nak dekat dekat balik kan. Okay cerita dia camni, waktu tu hujan lebat. Time tu pulak dah akhir akhir tahun so budak form1&2 kena pindah kelas sbb kelas kitaorang budak spm pakai. Jadi cikgu tukarkan kelas form2 dekat blok form6, blok tu dahlama pun terbiar. Sebab form6 kebanyakannya pakai blok depan.

Jadi waktu tu kelas aku bahagian atas sekali and hujung, time tu dalam pukul 6 macam itu lah. Aku still ingat cause benda ni jadi kat diri aku, diri sendiri okay!. Ha sambung, pastu waktu tu pendidikan jasmani tapi disebabkan hujan lebat cikgu aku suruh bebudak klas semua masuk library.

Nak dijadikan cerita time semua dh g library, buku teks pendidikan jasmani aku tu tertinggal kat kelas bawah meja. Aku ni dah berbelah bahgi lah nak pergi ambik ke tak. Tapi disebabkan waktu tu aku ni kononnya berani, aku pun decide untuk ajak mmber aku teman. Member aku ni pulak jenis penakut sikit. Yang aku ni jenis yang mata terbukak hijab, boleh nampak benda benda halus ni. Tapi aku tkadalah anggap benda tu serius sebab aku cuma pernah nampak bayang bayang je bukan real punya.

So aku dengan kawan aku ni pun jalan lah pergi balik kelas form6 tu, waktu kami lalu blok tu takada sesiapa pun, sebab bebudak kelas lain ada yg pergi makmal sains, ada yang pergi bilik seni. So blok tu memang kosong lah waktu tu. Aku pun jalan lah macam biasa. Sampai je kat kelas kawan aku ni sibuk pegang baju aku, dia takut aku tinggalkan dia. Masuk je dalam kelas aku pun cari lah buku teks aku, lepas dah jumpa dah ambik tu aku nak keluarlah kan tapi masa tu kerusi dekat bahagian tepi tingkap tu bergerak kebelakang sikit. Aku pandang kawan aku ni, dia pandang aku balik.
Aku ingat dia nampak apa yg aku nampak rupanya dia blur pula. Jadi aku anggap itu angin jelah sbb time tu hujan lebatkan.

Jadi kitaorg pun jalan ke library semula. Sampai ke kat library, aku dengan geng geng aku duduk dekat meja hujung sekali. Aku duduk dekat bahagian tepi lah, cikgu suruh buat hal sendiri. Jadi kitaorg pun bersembang lah. Dalam masa tgh bersembang tu aku terpandang satu bilik dekat seblah meja yg aku duduk tu, aku nampak kelibat budak perempuan pakai baju sekolah rambut panjang. Aku peliklah bilik tu kosong, kipas takbukak pun lampu pun sama. Apa budak tu buat, yang paling pelik lagi budak tu punya baju sekolah lusuh sangat sangat.

Untuk mendapatkan kepastian, aku suruh kekawan aku tengok bilik tu. Tapi diorang kata takada apa apa pun, waktu tu aku dah mula gelisah. Waktu tu jugak untuk pertama kali aku nampak the real one of ” hantu “.

Aku pun diam, aku tunduk je masa tu. Dalam keadaan aku tunduk dan diamkan diri tu, tiba tiba bahagian lengan bahu kanan aku rasa berat. Rasa kejang, aku nak angkat pun memang taklarat. Tp waktu tu aku takada lah terfikir benda ni berkait dengan kelibat budak yang aku nampak tadi.

Lepastu makin lama makin berat, kali ni kedua dua belah tangan! Aku cuma nak bersuara tapi suara aku tak keluar. Seolah olah mulut aku ditutup. Tapi at the same time aku still boleh nampak kekawan aku buat apa. Aku try hard untuk panggil diorang tapi aku takmampu.

Sampai lah kawan aku yg penakut tadi tu tegur aku, aku dengar dia tegur tapi malangnya mulut aku takboleh bukak. Dia pun dah mula lah gelabah bgtahu cikgu yg aku kena rasuk. Padahal aku tak kena pun, cuma aku takdapat bergerak seolah olah ada yang ” menumpang bahu ” aku. Cikgu pun panggil ustazah kat bilik guru. Bebudak perempuan & lelaki semua kepung aku.

Waktu ustazah sampai, aku still takboleh bercakap. Tapi waktu tu aku memang dah lemah lah sebab terlalu berat kat bahagian bahu aku. Ustazah suruh bebudak kelas aku baca ayat kursi, zikir dan memacam lah.

Start dari tulah aku automatik taksedarkan diri ( kawan aku yg cerita kat aku disbbkan waktu tu sku tksedar apa yg jd ) aku meracau, muka aku berubah menjadi pucat lesu mcm takada darah. Bila cikgu cikgu pegang aku, lagi aku mengamuk mintak dilepaskan.

Sampai lah ada sorang ustaz ni sampai, dia suruh cikgu cikgu yg pegang aku td tu lepaskan aku. Kawan aku kata ustaz dengan aku berlawan mulut. Aku taktahu lah apa yg aku cakap waktu tu. Kawan aku kata lagi ustaz tu renjis air mineral yg dia dh baca surah surah rukyah dekat muka aku, badan aku and kaki.

Lepas aku dah agak sedarkan diri. Ustazah bawak aku pergi surau untuk ambik wuduk. Bila aku cerita apa yg aku nampak kt ustazah barulah ustazah cerita yang sekolah tu dlu ada budak mati jatuh dri bangunan. Terus aku tergamam.

Lepas dari peristiwa tu aku terus pindah sekolah baru. Alhamdulillah dekat sekolah sekarang dah takadalagi gangguan gangguan macam tu.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Saka

Berseorangan