in

Kerasukan Di Kem

Waktu aku berumur 15 tahun, aku ada ikuti satu kem kepimpinan yang dianjurkan oleh sekolah aku. Masa tu aku baru saja dilantik menjadi Pengawas Perpustakaan jadi itu kali pertama aku ikut kem ni. Kem ni dibuat bukan disekolah aku sendiri tapi di satu maktab perguruan yang berdekatan sekolah aku memandangkan lebih besar dan luas. Maktab yang kami pergi ni dah lama. Ada blok lama dan baru. Memandangkan blok baru tu digunakan oleh pelajar di sana, jadi kami gunalah blok lama yang langsung tak digunakan untuk beberapa tahun. Perempuan ada 2 blok asrama. Sama juga dengan lelaki. Setiap blok berbentuk segi empat tepat. Tingkat paling bawah ialah dorm manakala tingkat atas atas pula ialah bilik.

Aku dapat dorm di tingkat bawah. Waktu tu aku nak sangat bilik sebab aku tak suka berkongsi dengan orang yang aku tak kenal. Tapi aku pasrahkan saja. Tapi aku pelik juga. Punya banyak bilik dekat blik tu, hanya tingkat satu saja digunakan. Tingkat 2 hingga 5 tak digunakan langsung. Aku tak puas hati ada juga tapi aku tak nak cari penyakit dengan fasi. Tak pasal pasal kena suruh tidur luar pulak. Bersyukur jela. Aku dapat dorm di wing kanan (yang bahagian panjang). Dorm aku ni ada 8 katil single jadi kami yang lain ambil tilam yang disediakan dan todur dibawah. Dibelakang dorm kami ni ada satu tempat, aku tak tahu tempat apa tapi macam tempat mandi atah cuci kain maybe sebab ada kolah air dan satu perigi disana. Tempat tu pula agak luas dan dikeliling dinding yang bersambung dengan dinding blok. Kalau kau keliar dorm aku, jalan kiri ada satu lorong untuk pergi tempat tu. Kalau selak langsir dorm aku pun memang dapat tengok keseluruhan tempat tu.

Masa hari dah nak senja, kami dah siap buat aktiviti. Jadi masa tu kami diberi peluang rehat. Ikutkan nak mandi tapj bilik air penuh pula jadi aku, kawan kawan aku dan beberapa junior aku cadang nak mandi malam nanti. Maghrib kami solat di dorm saja. Waktu dah isyak kami bergerak ke surau maktab tu. Jarak surau dengan blok lama bukan main jauh wei. Waktu tu malam, tak ada lampu, kitorang pula lupa bawa lampu suluh pergi kem ni jadi memang gelap gila nak mati. Hanya ada cahaya dari bulan je. Tiba tiba mulut kawan aku (Rina) sorang ni celupar cakap “Kalau tiba tiba ada cik ponti ni macam mana eh?” aku tegur dia mulut jangan celupar sangat sebab maktab tu memang lama. Aku pula ada kelebihan jadi kalau tiba tiba benda tu betul betul muncul depan aku macam mana? Masa tu Rina buat lawak jadi memang yang lain ketawa kuat gila. Kau bayangkan geng kitorang dekat kem tu semua gila gila, ketawa memang tak cover beb. Waktu tu aku tak ketawa langsung even bila fikirkan balik memang lawak apa yang Rina cakap tu sebab aku dah rasa tak sedap hati.

Lepas solat kami pergi dewan untuk buat aktiviti seterusnya. Malam tu aku boleh katakan antara malam paling best. Kerja aku asyik gelak je. Nak dijadikan cerita, malam tu hanya kedengaran gelak tawa kami je. Habis aktiviti kami terus balik asrama. Jadi aku dengan kawan aku yang belum mandi tu terus pergi bilik air dn bersihkan diri. Aku sampai bilik air lambat sikit dan masa tu dah penuh jadi aku dengan 2 orang lagi tunggu dengan oenuh kesabaran. Aku duduk dekat pintu masuk tandas jadi aku boleh nampak langit. Aku memang seseorang yang suka sangat langit malam jadi setiap malam aku akan keluar tengok bintang biarpun waktu tu jam 3-4 pagi. Tapi masa tu aku tak tahu kenapa, aku teringat nenek kebayan. Aku cepat cepat geleng kepala tak nak fikir bukan bukan. Tengah tengah aku menunggu tu, aku terdengar satu suara macam orang menangis. Masa tu aku dah cuak habis. Siapa pula yang menangis malam malam ni woi? Aku cuba fikir positif. Mungkin manusia. Mata aku tiba tiba gatal nak pandang atas. Bila aku naikkan kepala aku, aku nampak aku seorang perempuan dekat tingkat 4, aku ulang, tingkat 4! Aku masa tu dah pucat. Setahu aku tak ada sesiapa yang dibenarkan pergi ke tingkat 2 keatas sebab fasi larang jadi SIAPA KAT ATAS TU WOI?!

Aku alihkan pandagan aku dan terus masuk kedalam tandas semula. Dalam hati aku dah berulang kali cakap ‘Aku tak nampak, aku tak nampak, aku tak nampak’. Masa aku mandi, aku menyanyi. Biasalah kan. Lepastu aku dengar dua orang kawan aku lagi ikut nyanyi dengan aku memandang masa tu tinggal kitorang je. Masa kitorang sibuk nyanyi, aku terdengar satu suara asing ikut menyanyi sekali tapi kawan aku tak perasan. Aku terus teringat orang tua cakap “Jangan menyanyi dalam tandas, nanti ada yang ikut nyanyi.” dan buat kali yang keentah berapa aku cuak. Aku cakap dengan kawan aku cepat mandi nanti fasi tangkap. Aku keluar dulu sebab aku dah cuak sangat. Masa aku balik ke dorm aku nampak kawan kawan aku tengah baring sambil tengok telefon.

Dan aku nampak dua orang kawan aku yang aku tinggalkan dekat tandas tengah keringkan rambut. Aku tanya dorang bila dorang sampai lepastu dorang cakap “Lambat kau ni. Masa kitorang blah sempat kau menyanyi.” dan aku rasa macam nak pengsan. DENGAN SIAPA AKU MENYANYI TADI WOI?! Aku tak cakap apa apa dan terus baring. Aku tak nak ingat apa apa masa tu. Malam tu aku tak dapat tidur. Pusing kiri pusing kanan tak boleh juga. Aku tak dapat lelapkan mata aku langsung. Hati aku rasa tak sedap je. Aku bangun pandang sekeliling, semua dah tidur. Jam 11 malam dorang mesti penat an. Aku sornag je yang tak tidur. Aku cuba kejutkan kawan sebelah aku tapi hampeh tidur mati. Kalau nak main telefon tak ada line pula. Mahu nanti fasi meronda tangkap aku bawa telefon mati wei. Jadi aku cuba lelapkan mata aku ni. Berapa minit lepastu aku dah mula lelap. Sedap sedap aku tidur aku terbangun sebab ada bunyi kuat. Aku tengok jam. Baru jam 2 pagi. Untuk pengetahuan aku ni jenis yang senang terbangun kalau baru lelap. Bunyi tu ada lagi jadi aku bangun. Tak ada sesiapa yang jatuh dari katil ke apa. Bunyi tu macam bunyi benda jatuh. Lebih tepat macam bunyi baldi. Sudah aku cakap bala apa lagi ni? Bunyi macam dari belakang dorm jadi aku degan bodohnya pergi selak langsir yang berhadap tempat yang aku ceritakan tadi.

Dan seperti umyang hangpa semua sangka aku nampak ada beberapa orang perempuan berkemban sedang seronok mandi dan cuci baju dekat tempat tu. Aku macam, “Jam 2 pagi hangpa semua nak mandi cuci kain bagai buat apa?” Aku tutup balik langsir cuba abaikan sebab aku tahu benda tu bukan manusia. Kalau nak kacau aku pun biar waktu tu aku betul betul sedar, kau kacau aku waktu aku mamai buat apa? Tak ada fungsi tahu? Aku cuba tidur balik tapi bunyi dorang gelak kuat sangat. Aku rasa nak memaki pun ada tapi tak boleh sebab ni tempar dorang. Kacau kacau pun aku hormat gak sebab ni bukan tempat aku. Aku mula nak lelap balik tapi aku terdengar suara orang nyanyi Lengsir Wengi. Aku tahu tu lagu Lengsir Wengi pun sebab aku ada keturunan jawa. Aku faham sikit sikit. Aku macam ah tak guna la. Malam tu aku kena kacau teruk. Bunyi cakaran la bunyi orang ketuk pintu, ketawa menangis la apa la. Tapi aku bersyukur benda tu tak muncul depan aku depan depan.

Jam 5 pagi aku terbangun sebab bunyi orang menjerit. Rupa rupanya fasi menjerit suruh kitorang bangun dari tengah tengah blok. Memang kuat gila. Aku masa tu ngantuk sebab kena kacau je malam tu. Hari berlalu macam sebelumnya. Ada aktiviti, kursus, ceramah bagai. Malam tu malam kedua. Esok ialah malam terakhir kami tidur. Jadi malam tu kami di dorm makan snek ramai ramai, cerita. Memang bising la sebab 14orang satu dorm. Ketawa bagai. Rina sekali lagi mulut celupar jadi aku cakap “Jangan main main. Tempat ni keras.” dan dorang cakap tak ada apa apa. Tak ada apa apa kau cakap? Kalau korang kena kacau macam aku kena kacau silap silap menangis kau. Jam 10 malam fasi tegur kitorang jadi kitorang oun masuk tidur. Tak sempat 2 jam kitorang lelap, ada bunyi jeritan. Smeua orang terbangun. Aku pandang Rina yang betul betul dekat sebelah aku, dia menjerit kuat gila. Aku terus suruh junior aku panggil fasi. Aku cuba baca ayat apa apa yang aku tahu tapi last last aku kena maki dengan Rina lebih tepatnya benda dalam badan Rina.

Aku suruh yang lain pegang dia sebab takut dia lari. Susah pula nak mengejar. Bila fasi datang dengan ustazah, dia makin menggila. Keadaan pun makin jadi gila bila yang lain ikut menjerit. Sudah histeria semua. Aku minta yang lemah semangat duduk jauh jauh. Yang kuat semangat sila tolong sebab makin ramai. Ustazah suruh kami bawa dorang ke surau jadi kami ikutkan saja biarpun jauh. Dorang menjerit bukan kemain kuat. Pelajar dari blok lain keluar nak tengok apa yang jadi dan kesudahnya beberapa orang lagi yang kena. Surau masa tu memang jauh sangat jadi kitornag putuskan untuk pergi ke dewan je. Lebih kurang 10 orang jugalah kena. Ustaz minta yang lain ke surau ambil al quran dan mengaji ramai ramai dalam dewan. Ada juga lah fungsi dia. Masa tengah merawat dorang tu, ada lagi yang kena. Aku tak salahkan dorang. Rina yang aku pegang dah menangis teruk. Dia asyik ulang kenapa kau kacau tempat aku, kenapa korang bising, kenapa kotorkan tempat aku. Masa tu aku dah tahu sebab. Satu sebab mulut celupar Rina tu. Kedua, sebab kitorang ketawa gelak tak ingat dunia dan jeritan fasi suruh kitorang bangun menganggu dia. Ketiga, ada beberapa makhluk tuhan buang sampah dorang merata rata sampai kotor.

Sibuk aku pegang Rina, seorang pelajar perempuan yang lain tunjuk kearah aku. Aku dah cuak dah bila dia cakap “Dia tahu siapa aku!  Dia nampak aku! Dia tahu tempat aku!” Aku dah mengucap panjang. Aku tak kacau dia, dia tunjuk aku pahal? Sorang fasi tanya aku tentang benda tu jadi aku cakap yang dekat belakang dorm aku, ada satu tempat mandi. Aku ada nampak 5 orang perempuan mandi dan cuci kain kat situ malam semalam tapi aku hanya biarkan. Aku kena suruh tunjuk tempat tu jadi aku tunjukkan la. Bila aku masuk tempat mandi tu memang bulu roma aku dah menegak. Ustaz ustaz dah baca baca dekat situ. Dari mata halus aku, aku boleh nampak 5 orang perempuan tengah pandang kami tajam. Muka dorang macam kena seret dengan jalan. Mata dorang terbeliak pandang kami dan muka dorang hitam. Aku mengucap sekali lagi dan terus baca ruqyah. Aku keluar dari tempat tu dan tunggu diluar. Masa aku tunggu diluar aku nampak ada banyak lembaga putih dekat tingkat atas. Masa tu aku dah faham kenapa kitorang tak dibenarkan tidur dekat atas. Dekat dalam kena pandang drkat sini kena pandang. Aku terus minta kebenaran untuk pergi kedewan semula.

Masa aku pergi ke dewan, Rina dah berhenti menjerit. Tapi masih dirawat. Dia hanya menangis. Lepas keadaan mula reda, kami diberi ceramah. Jaga perlakuan masing masing. Kami dilepaskan balik ke blok. Tapi semua orang dalam dorm aku ditukar ke dorm di blok lain. Esoknya, yang telah dirasuj malam tadi dibawa pulang termasuk Rina. Kami sempat menanya Rina apa yang terjadi sehingga dia dirasuk. Dia hanya cakap dia terbangun malam itu dan melihat ada satu kelibat putih menuju laju kearahnya secara tiba tiba. Aku hanya diam. Aku tahu apa itu. Malam ketiga aku fikir suasana akan tenang tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Sekali lagi ada kerasukan tapi hanya seorang yang kena. Di blok asrama yang aku pernah duduk sebelum ini, ada seorang lagi pelajar yang terkena. Kali ini hanya dirawat di bilik sahaja tidak mahu benda itu melarat. Masa aku ingin melihat apa yang terjadi, sekali lagi aku ditunjuk. Pelajar tadi menjerit dan bercakap dengan suara garau “Dia nampak kami semua!” Aku tahu dia tujukan itu pada a. Tak kalau aku nampak dorang pun apa masalahnya? Kau fikir aku boleh kawal?

Aku ingin berlalu apa sedar keadaan makin teruk. Masa aku turun tangga, ada benda lalu ditepi aku dan terus aku tak sedarkan diri. Masa aku sedarkan diri, aku perasan aku disebuah bilik berhabuk. Aku langsung tak tahu tempat itu dan bagaimana aku ada disitu. Tiba tiba pintu kena ketuk dengan kuat. Aku bangun dari katil dan terus buka pintu. Aku nampak seorang perempuan pandang aku tajam. Aku jadi cuak. “Pergi dari sini dan bawa semua orang keluar!” Katanya sebelum menghilang. Sebaik sahaja kelibatnya tiada aku pengsan kembali. Bila aku buka mata, aku nampak kawan kawan dam beberapa cikgu kelilingi aku. Aku terus bangun dan tanya apa yang jadi. Kawan aku cakap yang aku tiba tiba hilang dan tak dapat jumpa. Dorang cakap dorang azan sebanyak tiga kali dan jumpa kau di tingkat lima blok tengah terbaring diatas katil. Aku langsung tak ingat. Yang aku ingat aku pengsan. Aku bagitahu dorang yang aku mimpi sorang perempuan bagi amaran untuk pergi dari sini.

Dan masatu juga lah rahsia maktab ni terbongkar. Dulu, masa blok ni dibina, tak direstui penunggu tempat tu. Orang yang bina blok ni panggil bomoh. Bomoh tu korbankan lima orang perempuan dan puja penunggu disana. Kami yang mendengar mengucap panjang. Lepas lima tahun blok ni dibina, ada jadi satu kejadian. Satu blok terbakar tanpa sebab. Dikatakan roh roh perempuan tu nak balas dendam atas apa yang dibuat. Hanya tingkat bawah dan tingkat satu yang terselamat. Tingkat dua hingga lima terbakar habis dan mengorbankan hampir 50 pelajar. Blok ni dibina semula dan digunakan selama 12 tahun. Banyak gangguan yang berlaku dan ini menyebabkan blok baru dibina. Blok blok lama dibiarkan kosong dan menjadi tempat benda benda tu. Bila kami membuat kotor dan bising, benda benda yang berada disana menjadi marah dna merasuk satu persatu. Pagi tu juga kami diarahkan pulang kesekolah. Itu kali terakhir aku melangkah kemaktab tu. Cukuplah apa yang aku alami sepanjang disitu.

Perkongsian daripada Rosell.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Histeria di Asrama

Dorm Asrama