in

Kelibat Abang Sendiri?

Hai, assalamualaikum, Saya Aniq Azfar Saya akan menceritakan tentang nampak “Kelibat Abg Aku tetapi bukan”.

Cerita ini bermula setelah aku balik dari sekolah aku. Aku selalunya akan balik dari sekolah terus balik ke rumah nenek aku, sebab rumah nenek aku tu dekat dengan sekolah aku.Setelah sampai di rumah nenek aku, aku pun terus tukar pakaian Dan makan.Waktu aku tengah makan mak aku suruh tengokkan adik aku yg sedang solat sementara mak aku pergi ke tandas sekejap.

Semasa aku makan aku pun pergilah intai² adik aku masatu dia masih solat aku pun biarlah..Aku pun pergi lah balik duduk Kat meja makan. Masa aku nk berjalan aku ternampak kelibat abg aku yg berjalan laju, yang memakai pakaian baju biru dan seluar sekolah menengah . Aku pun biarlah sebab dia selalunya macamtu .

Selepas tu, Aku pun pergilah makan balik. Aku sambil makan aku terdengar ade orang yg Macam bisik Kat telinga aku . Aku pun toleh Kanan  Tak nampak ape² aku toleh kiri Masa tu aku ternampak abg aku yg Jalan pergi ke ruang Tamu dengan laju.

Masa tu aku pun x tahu kenape dengan dia, lepas tu aku terdengar grill pintu depat bebunyi . Aku pun buatlah x tahu. Lepas habis je makan aku pergilah depan tengok tv dengan adik aku.

Dengan Tak sengaja aku nampak abg aku yg baru balik dari sekolah aku pun terpikir , “tadi aku nampak siapa”?.  Aku pun terkejut beruk Dan aku pergilah Tanya Ayah aku . “Ayah tadi Ayah ade Tak dengar pintu ni berbunyi,Ayah aku kata  “Tak”. Ayah ade nampak Tak abg keluar tadi  “Tak” Ayah aku kata.

Aku pun pucat waktu tu ,aku terus pergi solat….

Itulah kisah Aku untuk korang..

            *Aniq Azfar*

                ಥ‿ಥ

Perkongsian Daripada Aniq Azfar.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bunyi Duit Syiling?

Dapur Pelik