in

Kebun Puaka

Nama aku Clare deant.aku seorang yang biasa biasa jak.Dalam hal mistik ni aku tidak beberapa nak percaya sangat.kadang kadang aku pernah ternampak makhluk halus tapi tak lah selalu. Hari ini aku akan kongsikan pengalaman aku semasa aku mencari kayu api  dengan kawan aku di salah sebuah kebun yang dulu dikatakan mistik.Ramai yang hilang tanpa jejak dan tiga hari selepas itu orang yang hilang selama tiga hari telah di jumpai dalam keadaan bogel dan roh roh mereka masih berkeliaran disitu.

Cerita nya bermula semasa  ibu aku suruh aku mencari kayu api di hutan bersama kawan kawan aku.Lalu kami pun pergi ke kebun yang tidak jauh dari rumah aku lalu  sesampai di hutan,aku ternampak hutan disebelah kanan kami ialah kebun kelapa sawit yang luas dan ketinggian 5 meter dan penuh  dengan kayu api.Lalu aku pun berkata“jom masuk hutan itu.hutan itu banyak kayu api lah..”lalu kawan aku pun terus terdiam dan muka mereka seakan akan pucat lalu kawan aku sorang ini bernama Mathius berkata“jangan masuk ke hutan tu.Hutan itu berpuaka.

Aku sambung cerita kawan aku tadi si Mathius ini yang dulu dia  pernah menjejaki kebun itu.kebun yang jejaki itu ialah kebun sawit lama.semasa menjejaki kebun tersebut dia terdengar seakan akan bunyi orang menangis,bunyi bunyian seperti pokok tumbang dengan sendiri.Masa tu kawan aku si mathius itu sedang memancing di pinggir sungai berdekatan kebun tersebut.Yang paling membuatkan saya berasa seram yang dia kata  ialah bunyi buah sawit jatuh dengan sendiri padahal memang tiada orang yang ambil buah sawit itu.

Lalu aku pun berkata “ahh tipu lah kau.kau saja nak kenakan aku.”Aku pun tidak endah kata kawan aku itu aku dan kawan kawan aku yang lain pun terus masuk ke dalam kebun kelapa sawit dan mengambil kayu api semasa mengambil kayu api aku terdengar bunyi orang minta tolong.Masa tu aku rasa tidak sedap badan kerana kawan kawan aku semua ada dengan aku tapi siapa yang minta tolong aku jawab aku dalam hati lalu aku pun mengajak kawan aku bergegas pulang ke rumah. sesampai di rumah aku bersiap untuk mandi dan makan.

setelah habis makan,dalam 20 minit macam tu.setelah semua masuk tidur,aku pun masuk tidur juga.Dalam beberapa minit aku terdengar seakan akan katil aku digoyang dengan sendiri.Lalu aku pun terbangun dan menyuluh di bawah katil tiada apa apa.lalu aku pun. Masuk tidur kali ini,ada orang mengetuk pintu dan membuka pintu bilik padahal bilik aku berkunci dan aku pun ternampak bayangan rambut panjang,kain putih panjang.Itu ialah hantu puntianak .

Aku pun bersembahyang dengan agama aku sendiri lalu beberapa minit selepas itu makhluk itu pun hilang.Kali ini saya lagi teruk ada tulisan berwarna merah di dinding dan tulisan itu tertulis“kamu sudah mengambil kAyu api di rumah ku tanpa kebenaran.jika kamu nak selamat beritahu semua orang kampung jangan lagi ambil kayu api disini lagi dan esok pagi kamu harus pulangkan kayu api yang kamu ambil petang tadi.kalau tidak aku akan bawa mu ke alam ku.selepas membaca tulis itu bulu aku meremang sebab apa jika aku tidak pulangkan kayu api itu aku akan dibawa ke alam ghaib. Lalu esok pagi aku pulang kayu api yang aku ambil dari kebun itu.Dari hari ke hari tiada apa apa yang berlaku kepada aku selepas aku pulangkan kayu api itu.

Perkongsian daripada Clare.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Yang Mengganggu Aku?

Misteri Stor Lama