in

Kawan

Nama pangilan aku manies.

Ringkasan

Kisah ini bermula bila aku dengan kawan2 aku lepak dekat pondok yang kami selalu lepak kadang dari ptg sampai subuh kadang kami tak balik rumah langsung (p/s nama2 dalam cerita ni bukan nama sebenar). So cerita dia mula bila salah sorg kawan kami balik dari gali kubur. Untuk makluman kami ada 7 orang 1 perempuan iaitu aku dan 7 lelaki iaitu kawan2 aku. Aku selesa kawan dgn lelaki sebab perangai tak macam perempuan yang suka hidup berpuak dan mendengki. So back to the story, nak dijadikan cerita kawan aku nama amirul(bukan nama sebenar) ni cerita dia baru balik dari kubur tolong ayah dia gali kubur lepas balik mengali tu dia terus singgah pondok yang kami selalu lepak. Mula dari sini kami semua kena kacau.

Hari pertama adalah hari yang mana amirul datang ke pondok kami.Nak dijadikan cerita malam tu aku, haziq, mat dan firdaus lepak, main game dan belajar main gitar. Waktu tu tak silap aku dalam pukul 2.30pagi,  2.40pagi tiba-tiba amirul sampai ke pondok dalam keadaan tergesa2 dan muka pucat.Kami bertanya kepada amirul “weyh hang kenapa?kalut sangat nak pi mana? ” sebelum sempat amirul nak menjawab pertanyaan kami tiba2 ada bunyi detuman kuat atas pondok kami macam bunyi benda jatuh berkali2 “bom, bom, bom” kami semua melarikan diri dan masuk ke dalam pondok dan baca surah apa sahaja yang kami tahu. Kami tgk amirul ibarat menanti jawapan kepastian dari dia dan amirul menjawab “aku baru balik dari tlg pak aku gali kubur,pak aku suruh aku balik dulu mandi kalau nak keluar lepak kat sini tapi aku tak sempat balik…” sebelum sempat dia habiskan perkataan dia, haziq terus berkata “hang dah kenapa tak balik terus? , apa jadi? ” amirul menjawab “bagi aku habis dulu boleh tak? baru tanya. aku nak balik dah tadi tapi sebab moto aku berat tiba2 aku mai sini sebab aku takut” kami semua menepuk dahi dan mengeluh. Selepas 7-10 minit bunyi itu berbunyi dia atas pondok kami tiba2 kami dikejutkan dengan goncangan yg kuat. Pondok kami bergoncang bagai nak runtuh selepas digoncang beberapa kali kami dengar ada orang mengilai dan berkata “keluar la saya takde kawan nak main” dilanjutkan dengan gelak mengilai. Tak habis dengan bunyi dan goncangan kami dikejutkan lagi dengan bunyi pasir.Bunyi pasir yg dibalik keatas pondok kami. benda ni berlanjutan sehingga la kami tertido sampai subuh.

Keesokkan pagi hari kedua selepas kami dikacau malam tadi. Apabila kami keluar dari pondok,  kami melihat di atas pondok kami ada batu nisan! ya batu nisan. Kami pelik dan kehairanan. Kami pulang ke rumah masing2 untuk mandi makan dan sebagainya dan pada ptg itu terus pergi berjumpa dengan ayah salah sorang kawan kami iaitu ayah Iman. Iman tidak datang malam tadi kerana ayah tidak bagi datang lepak kerana tak sedap hati. Kami menceritakan satu persatu dekat ayah Iman dan Iman. Ayah Iman berkata mungkin sebab ini dia tidak sedap hati untuk membiarkan Iman datang ke pondok kami. Ayah Iman mengajak kami untuk mengambil baru nisan tersebut sebelum maghrib. Kami pergi dan mengambil batu nisan tersebut. Proses untuk mengambil batu tersebut agak sukar ibarat dihalang oleh sesuatu. Bila mahu tarik dan ambil batu tersebut ia menjadi berat, bila dekat dgn batu tersebut tiba2 ada ular dan firdaus yang memanjat tangga untuk batu tersebut pengsan. Setelah lama berusaha untuk ambil baru tersebut. Kami berjaya dengan pertolongan ayah iman yang membacakan beberapa surah, semua menjadi ringan dan tiada rintangan. Di batu nisan tersebut kami membaca ia tertulis nama “SITI SARAH” dan “aku mahu kawan” ibarat diukir oleh seseorang dengan baru atau benda tajam. Kami bertanya kepada amirul lubang kubur yang digali oleh dia dan ayahnya untuk siapa?  dia tidak tahu lalu kami pergi ke rumah ayah amirul untuk bertanyakan hal itu. Setiba di rumah amirul,  ayahnya terkejut dan bertanya “kenapa ramai2 ni?” lalu kami pun menunjukkan batu nisan dan berceritakan satu2 hal yang terjadi.Ayah amirul terkejut dan menceritakan hal yang terjadi di rumahnya.

Malam ayah amirul pulang dari gali kubur, dia pulang ke rumah dia menyangka amirul sudah tiba di rumah, dia buat seperti biasa iaitu mandi dan sembahyang selepas itu dia merasa ganjil kerana amirul tidak seperti selalu. Selalunya lepas amirul balik amirul akan keluar tapi malam itu amirul mengunci diri dalam bilik kata ayahnya. Lalu amirul terkejut dan kami kehairanan bila masa pula amirul balik?. Kami memberitahu ayahnya “amirul ada dgn kami pakcik malam tu” ayah nya berkata dia melihat amirul sedang tidur malam itu tapi dia berasa hairan dan melihat amirul untuk kali kedua dan amirul tiada. Tiba2 ada bunyi orang membaling ke atas rumah Amirul. Ayah Iman membaca beberapa surah dan semua kembali tenang. Menurut ayah Amirul lubang yg digali itu untuk gadis bernama sarah yang membunuh diri akibat dirogol, dan dibuli. Kami terkejut mendengar berita itu. Ayah Iman memberitahu kami supaya tidak keluar dari rumah Amirul dan bermalam di situ kerana keadaan bahaya. Tiba2 telefon Mat berbunyi, pangilan dari ijam kawan kami yang menelefon dan menyatakan bahawa syahmi tidak sedarkan diri dan mereka berada di pondok. Kami terbergegas ke sana.

Setibanya kami di sana, kami bertanya bagaimana boleh berlalu dan ijam menyatakan bahawa dia dan syahmi nampak budak perempuan sedang berada di pondok dan mereka menyapa lalu tiba2 syahmi pengsan dan budak itu hilang. Ayah Iman memeriksa keadaan syahmi dan tiba2 saja dia melompat ke atas pondok dan berkata “aku hanya mahu kawan, izinkan aku berada disana dan berkawan dgn mereka” ayah iman berkata tidak dan dia menjerit lalu syahmi pengsan kembali. Kami semua membawa syahmi dan bermalam di rumah Ayah Iman.

Hari ketiga,keesokkan paginya di hadapan rumah Ayah iman penuh dengan ayam mati dan darah. Ayah iman mengeleng dan berkata hal ini perlu selesau malam ini juga atau ia akan berkekalan.Kami dihantar pulang ke rumah masing2 dan akan berjumpa semula pada malam hari. Apabila malam, kami semua bertujuh dan Ayah iman dan Amirul berkumpul di pondok dan kami mula membaca surah yassin. Tidak samlai 5 minit aku berasa mengantuk dan aku tiba2 terlelap. Menurut dari cerita kawan2 aku, aku jatuh dan pengsan. Tiba2 aku mengilai, ayah iman memulakan ruqiyah dan ‘siti sarah yg berada dalam badan aku enggan keluar’ setelah satu jam bertarung mereka semua buntu lalu langkah terakhir mereka adalah menelefon ayah dan ibu ‘siti sarah’…Sementara menunggu ibu dan ayah ‘Siti sarah’ sampai ayah iman menenangkan keadaan selama 2 jam lebih akhirnya ibu ayahnya sampai. Ibunya menangis dan bertanya “kenapa kau jadi macam ni nak?” berkali2 sambil menangis dan meraung. “siti sarah’ berkata dia hanya ingin kawan,  dia mahu berkawan dgn kami semua kerana kami mempunyai persahabatan yg baik. Ayah ibunya memujuk dan memujuk akhirnya siti sarah akur dan keluar dari badan kami pulang ke tempat asalnya. Aku yg tidak sedarkan diri tadi…tiba2 sedar di pangkuan haziq.  Aku merasa amat lesu dan letih… aku bertanya kepada mereka dan mereka bercerita kepada aku satu persatu hal yg terjadi waktu aku tidak sedarkan diri tadi. Sekian terima kasih.

Kisah ini berdasarkan kisah benar dan p/s andainya berasa tidak sedap hati atau berasa diikut untuk pulang ke rumah atau berjumpa kawan2 singgah la dimana2 tempat dahulu.

Sekian Dari Saya Manies.

Perkongsian daripada Manies.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asrama Lama Berhantu

Sebulan Di Alam Ghaib Intro