in ,

Kawan Masa Kecil

Hi semua, nama aku zahrul. Bunyi di luar, Hujan, masa2 hujan ni lah aku fikir macam-macam. Entah kenapa tiba2 aku rasa nak tengok buku album gambar2 lama. Aku ambil buku album dari almari, dah berhabuk buku ni, tapi cuma buku inilah yang kadang kadang mengubat rindu aku dengan arwah ibu dan ayah aku. Kadang kadang aku malas juga nak tengok gambar gambar dalam ni yalah kononnya nak mengubat rindu tapi nanti tambah rindu.

Aku sekarang tinggal di rumah bersendirian, duduk berseorangan, di umur 19 tahun alhamdulilah walaupun hidup bersendirian tetapi untuk menyara kehidupan seharian aku berniaga, hasil daripada harta yang diwarisi oleh kedua ibu bapa.

Aku ni anak tunggal, aku dah tak ada siapa siapa lagi, aku tak ada adik beradik dan ibu dan ayah pun telah meninggal disebabkan terlibat di dalam satu kes kemalangan, masa diorang meninggal dulu aku masih berumur 15 tahun. Aku ingat lagi, dulu masa aku masih lagi kecil dalam 5 atapun 6 tahun, ayah aku selalu cakap yang aku ada seorang kawan, yang selalu bermain dengan aku selalu ada dengan aku temankan aku. Hairan sebab bila aku ingat balik aku tak ingat apa2 pun pasal kawan yang ayah aku cakap tu.

Lagi aku bertambah hairan bila ibu aku akan marah setiap kali ayah aku bagitahu aku macam tu. Kenapa ibu marah, entahlah. Bagi aku itu cuma kenangan yang tidak dapat aku ulangi lagi. Kata ayah, hampir setiap malam aku akan berbual dengan kawan aku tu, main macam macma permainan yang aku ada dulu, kata ayah walaupun aku anak tunggal tapi aku tak kesunyian.

Aku pernah tanya, siapa tu? Dari mana? Anak siapa? Sebab aku tak ingat langsung pasal kawan aku tu, sebab masa aku berumur 6 tahun aku demam panas, teruk sangar, ibu kata demam aku tu kritikal sampai aku terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Mujurlah aku dapat disembuhkan, tapi lepastu aku tak ingat lagi apa yang jadi sebelum aku demam. Ibu cakap aku demam sebab ikut kawan aku tu pergi ke kawasan sungai di hujung kampung, pelik bila ibu cakap aku keluar dari rumah ikut kawan aku ke sungai dan apa yang lagi menghairankan aku dan rakan aku tu terjun ke dalam sungai. Waktu tu pukul 12 tengah malam!

Nasib ayah aku sempat kejar, dan selamatkan aku kalau tak habislah aku hanyut ke empangan yang berdekatan. Yalah masatu aku budak2 aku tak tahu apa2. Semasa ayah aku selamatkan aku katanya dia ada menjerit pada kawan aku tu. Memarahi dia dah suruh dia balik ke rumah dia. Bila aku tanya dia tinggal di mana? Ayah pandang ke arah ibu dan hanya mereka hanya berdiam.

Itulah punca utama aku demam panas yang kritikal sangat. Walaupun aku tak ingat apa yang berlaku masa aku berumur 5 ataupun 6 tahun. Tapi aku ingat apa yang jadi semasa aku berumur 7 tahun. Pada setiap malam jumaat, ibu dan ayah akan matikan lampu awal, dalam pukul 7.30 macamtu. Dan kami akan masuk tidur awal. Tapi tidak pada hari hari yang lain. Dan pada malam tu akan orang yang akan datang ke rumah, tapi dia tidak akan masuk, sebab ibu dan ayah tak akan buka pintu. Orang tu akan berada di luar rumah dan mengetuk ngetuk pintu rumah. Masa dia datang tak tentu, kadang2 pukul 10, kadang2 pukul 12, kadang2 pukul 3 atau 4 pagi.

Kalau setiap malam jumaat aku akan tidur dengan ibu dan ayah di bilik diorang, bilik yang terletak di tingkat ketiga. Aku ingat lagi, ada satu hari tu, waktu tu angin kuat, ribut perit, ketukan yang selalu aku dengar di pintu depan rumah, aku dengar dari tingkap bilik kami yang berada di tingkat kedua. Tapi bukan dari luar. Ketukan tu dari dalam!

Iya! Ketukan yang dari dalam tu boleh pulak bergerak, dari tingkap ke lantai rumah papan kami, bunyi ketukan semakin dekat, semakin dekat, menghala ke arah aku! Semakin hampir ketukan tu ayah aku lantas bangun dan menjerit!

“Apa kau buat di sini? Keluar!”

Apabila diterjah aku boleh dengar benda tu merengek dan berlari turun ke bawah, ayah kejar sampai ke bawah dan alangkah terkejutnya dia bila di lihat pintu depan rumah terbuka luas.

Apa yang sebenarnya ada di rumah pada malam tu aku tak tahu, ibu dan ayah pun tak pernah ceritakan benda tu dengan aku. Cuma ada satu hari tu ayah terlepas cakap, yang datang malam tu, itulah kawan aku. Hmmm….yalah aku masih lagi 7 tahun mana tahu apa2.

Berbalik kepada buku album yang aku baru jumpa tadi. Tengok gambar2 lama ni teringat pula kisah2 kenangan lama. Macam aku cakap tadi aku malas nak tengok gambar2 ni, jadi selalunya aku akan tengok muka surat pertama dan kedua sahaja dan aku tidak akan teruskan dengan muka surat ketiga dan seterusnya, sebab aku aku rindu diorang. Tapi malam ni aku tengok semua gambar, aku tengok muka surat ketiga, keempat, kelima dan seterusnya sehinggalah aku sampai ke muka surat terakhir. Di muka surat yang terakhir cumalah gambar aku masih lagi bayi, dan aku perasan ada sesuatu yang tersembunyi di belakang gambar bayi aku tu. Aku tarik keluar dan nampak seperti sebuah sampul. Ini pertama kali aku perasan sampul ni ada di dalam album ni, sampul tu nampak lama, dalam sampul ada sepucuk surat.

Aku buka surat dan baca isi kandungan surat tersebut, surat ni ditujukan kepada ibu aku fatimah ditulis aku seorang wanita yang bernama hasmah.

Kehadapan fatimah,

Tahniah diatas kelahiran anakmu, zarul, semua usaha kamu untuk mendapatkan zuriat telah berjaya, namun begitu haruslah kamu tahu yang anak itu bukan milik kamu selama lamnya. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan untuk mengubati keadaan kamu suami isteri yang tidak mampu untuk mempunyai zuriat.

Jagalah dia, sehinggalah dia berumur 20 tahun aku akan datang, mengambil dia, dan akan aku hantar pendamping untuk sentiasa menjaga dia.

Kalau kalian memungkiri janji, akan aku turunkan bala kepada kalian berdua, terimalah gambar kenangan kenangan kita.

Disertakan bersama surat tu ada sekeping gambar, ibu, ayah dan beberapa orang lagi memakai jubah hitam, seakan akan sedang melakukan ritual syirik! Sekarang baru aku tahu, yang ibu dah ayah sebenarnya tidak boleh mempunyai zuriat. Tapi disebabkan terdesak untuk mendapatkan seorang naak mereka telah meminta bantuan syaitan dengan mengamalkan ritual2 syirik! Dan syarat kalau ritual ini berjaya. Bila aku berumur 20 thaun kelak kumpulan2 ini akan datang dan mengambil aku pergi dari sini.

Sekarang pukul 11.59 malam. Esok harijadi aku. Esok aku berumur 20 tahun.

*Knock knock

*

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hospital Seri Bahagia

Pengalaman Seorang Jururawat