in

Kawan Aku

Hai
Hari ni aku nak kongsi dekat korang pengalaman yang aku lalui setahun yang lepas (2019)

Masa tu aku baru darjah lima, memanglah muda kan tapi tu lah nak cakap apa, dah ketentuan Tuhan. Apa nak jadi tetap jadi jugak.

Sejak aku kecil, aku ni jenis yang boleh nampak benda ghaib. Pada mulanya, aku tak faham sangat. Sampailah satu hari, mak aku jelaskan pasal benda tu. Memang tipulah kalau aku kata aku bukan jenis penakut, tapi makin aku besar makinlah aku berani hadapi benda ni.

Masa aku darjah 4, aku mula memahami cara menggunakan deria aku. Satu hari aku tersedar, ada 2 benda yang selalu ikut aku kemana – mana. Aku memang takut pada awalnya, tapi mereka dan aku mula bercakap.

Akhirnya, kami pun menjadi kawan. Seorang ni lelaki, Khairil namanya. Dia kata dia mati masa umur 12 tahun. Sebabnya dia kena tolak masuk sungai. Dan mayat dia tak pernah ditemukan. Seorang lagi perempuan, Afierah. Dia kata dia mati masa umur 9 tahun, dia bunuh diri sebab tak tahan dibuli.

Aku dah jadi kawan dengan diorang untuk hampir setahun, dan satu hari, aku buat keputusan untuk beritahu orang tua aku. Mereka tak nampak terkejut sangat
mungkin sebab dah biasa dengar cerita aku.

Khairil dan Afierah kata, waktu umur aku 13, diorang akan tetap hilang kerana mereka sepatutnya hanya menjaga budak.
Tapi…
Aku rasa gembira bila diorang ada. Aku sebenarnya tak nak diorang pergi
mungkin korang dengar pelik.. tapi aku dah mula rapat dengan diorang.

Pada hujung tahun, masa aku darjah 5, ada ustaz datang ke rumah rupanya, orang tua aku panggil ustaz tu untuk tolong buang diorang. Alangkah terkejutnya aku bila aku dengar, aku tak tau nak buat apa tapi disebabkan orang tua aku yang suruh, aku terpaksa ikut sahaja. Ustaz tu kata yang aku tak boleh berkawan dengan diorang, walaupun diorang baik pada aku. Aku sebenarnya tak sedar yang sikap aku dah berubah sikit demi sikit. Aku lebih menyendiri, aku dah tak mesra macam dulu dan aku dah mula berperangai lain.Walaupun aku tak berubah pun, mereka tetap perlu dibuang sebab aku mungkin akan terkena Mental Disorder dimana otak kiri aku akan mengecil dan otak kanan pula terus membesar.

Ustaz tu mula membaca ayat – ayat Al-Quran dan akhirnya mereka pun hilang. Punyalah aku menangis teresak – esak hari tu. Tapi apa aku boleh buat ini semua untuk kebaikan aku juga. Beberapa bulan berlalu dan semua memori dengan diorang, aku mula tertanya tanya sama ada itu semua betul atau cuma tipu helah yang aku terkena. Akhirnya, aku tahu kebenaran yang sebenarnya mereka hanya cuba menggunakan tipu helah terhadap aku. Walaupun aku tetap rindu diorang, tapi aku sedar apabila hidup aku bertambah terang dan baik. Hubungan aku dengan keluarga bertambah rapat dan kawan pun makin ramai. Sebab itu, walaupun aku dapat undurkan masa, aku takkan hentikan ustaz tu atau ubah apa – apa. Nasihat aku untuk korang, walaupun korang rasa rapat dengan seseorang tu. Tapi aku nak korang tau walaupun korang akhirnya kehilangan dia, pasti ada sebab atas semua yang berlaku dan kalau korang ada kawan ghaib macam aku, aku nak korang tau yang alam kita dan diorang berbeza walaupun kita boleh nampak diorang. Jangan buat kesilapan sama macam aku masa aku percayakan diorang.

Perkongsian Daripada Atiqah.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pocong Di Dalam Rumah Mak Tok

Misteri Rumah Keluarga Jeremy