in

Kawan Aku Bukan Manusia

Assalamualaikum Ekram..nama aku ika.. berasal dri pedalaman Sabah…kat sni aku nak share pengalaman aku masa budak2 dulu..aku sbenarnya x minat sangat bab2 crita seram ni..bukan sbb aku tak percaya kwujudan makhluk tu… aku lebih suka abaikan sja….tpi aku ada satu kisah yg aku nak critakan..ni adalah kisah benar aku yg sblum ni hanya family member shja yg tahu dan aku bagi tajuk kisah ni tentang “kawan aku bukan manusia”

Nak dijadikan crita..masa tu aku berumur 6 thun..kelebihan aku adalah..aku nampak apa yg org lain tak boleh nampak dgn mata kasar…ya hijab mata aku mmg terbuka luasss….yelah aku masa tu bru berumur 6 thun..mna lah aku tau nak banding makhluk bagai sbb penglihatan aku tak sama dgn apa yg org lain nampak…mna yg dtg kawan aku tu aku kawan je lahh..mna lah aku tau tu jin ke manusia sbb jin kan mmg berkuasa atas kewujudan rupa bentuk diaa so tak hairan pon klw dia menyerupai anak manusia bezanya sja hanya aku yg nampak..

Mak aku ckap aku slalu main sorang2..gelak sorang2..n berckap seolah2 aku sdg bermain dgn ‘seseorg’….sbb tu juga aku tak mempunyai ramai kawan…aku digelar budak pelik sbb slalu ckap sorang2…walhal mmg aku berckap dgn ‘kawan’ aku.. Aku main ngan dia sama mcm budak2 biasa..main anak patung..masak2..tpi slalunya aku lebih suka bercerita..

Aku masih ingat..masa tu aku balik dri sekolah (tabika)..aku nangis kat bilik sbb kne ejek budak pelik punya pasal lah..then masa tu juga ‘kawan’ aku tu muncul kat seblah aku..dia tanya knpa aku nangis..aku trus marah kat ‘dia’..aku cakap..smua ni sbb awak lah..knp org lain tak nampak awak..knpa aku je yg nampak awak..dia diam…aku dah tak ingat respon dia lpas tu mcm mna..tpi aku merajuk kejap je..pastu aku ok balik..n kitorang pun main mcm biasa..

Bila hari dah nak senja dlm pukul 6 lebih atau lebih tepatnya sebelum magrib..’kawan’ aku akn balik ke rumah dia..tak pernah terlintas kat kepala otak aku nak tanya pasal kat mna dia tinggal asal usul dia dan smua hal2 dia aku tak pernah ambil kisah..apa yg masih tersisa d ingatan aku adalah..dia akan dtg slepas waktu asar dan balik sblum magrib….

Aku tak perasan pun sbenanrnya mak ngan ayah aku dah lama dok perati gelagat aku yg slalu borak sorang2 sbb diorang tak nampak kewujudan ‘kawan’ aku..n diorang dah mula syak aku berkawan dgn makhluk halus..ye lah..cuba korang imagine klw korang jadi parent aku…perati aku main sorang2..gelak n ckap sorang2..siap lambai tangan kat dpan pintu ucap ‘bye jumpa esok’ pdahal korang x nampak apa pun..aku kawan dgn ‘dia’ tu pun bukan senyap2…

Aku siap crita smuaa hal yg aku lalui ngan ‘kawan’ aku tu kat parent aku kot..apa yg aku borak ngan dia..smua aku crita..pada mulanya mmg diorang biarkan je aku..mungkin bagi diorang aku cuma berimaginasi shja..sampai lah tahap aku ucap “bye jumpa esok” kat dpan pintu yg xda sorang pun manusia slain mak ngan ayah aku yg tgh santai duduk kat kaki lima rumah..tak lama dri tu..waktu cuti sekolah..hujung tahun mak aku bawa aku balik kat kampung mak aku kira2 100 km dri kawasan tmpt tinggal kmi..sblum aku bertolak ngan mak aku ..itulah last aku jumpa dgn ‘kawan’ aku tu..aku tak tau pun aku kna bawa pegi berubat..bila mak aku ckap pegi berubat aku tanyalah..siapa yg sakit..mak ke?? Knp x pegi klinik je..knp kna balik kampung…ye lah aku budak lagi kot..tak tau ape2 lagi..

Mengeja pun tak lulus lagi..mak aku suruh ikut je xpayah bnyk tnya…so sampai kat kampung mak aku tu…esoknya aku..mak aku..ngan pak long aku yg jdi driver..kitorang pegi rumah sorang pak cik tua lingkungan 50an yg aku x knal….kat situlah aku kna siasat habis2an..mak aku suruh crita psal ‘kawan’ aku tu..aku crita je laa tanpa syak wasangka..sbb bgi aku kawan aku tu bukan jahat pun..dia x pernh kasar ngan aku..aku yg pernh marah kat dia adalaahh….so end up pak cik tu ckap aku berkawan dgn anak bunian..masa tu mna lah aku tau bunian tu apa..aku pikir makanan jee..pakcik tu pesan lagi aku tak leh kawan ngan ‘kawan’ aku tu lagi…aku tak paham..aku tanya kenapa…

Then pak cik tu ckap sbb kami ada d alam yg berbeza..lagi lah aku tak paham..pakcik tu ckap nak tutup hijab mata aku spy aku boleh hidup sama sama mcm budak2 lain…ha ni lagi aku tak paham masa tu…aku ikut je laa..aku dah tak ingat progress nak tutup hijab mata aku tu mcm mnaa…yg aku ingat pakcik tu baca surah dlm quran..tak pasti bghian mana..sbb yg aku ingat pakcik tu baca quran dpan aku jee..aku pulak dok dpan dia diam2..tunggu dia abis baca…lpastu kitorang pun balik rumah pak long aku..esoknya baru bertolak utk balik ke rumah kmi..punya lah aku tak sabar nak jumpa ‘kawan’ aku tu…kemain happy aku..tpi aku mula pelik sbb aku tunggu kawan aku tu mcm biasa..tpi tak muncul2 pun..

Aku tanya mak aku..ade nampak kawan aku tu ke tak…knp dia dah tak dtg lagi…boleh pulak mak aku ckap kawan aku tu pindah rumah😂😂😂..aku pula percaya jaa…hubungan aku ngan ‘kawan’ aku tu putus sampai kat situ je…mungkin dia ada tpi aku dah tak nampak dia sbb hijab mata aku dah kna tutup ngan pakcik tu..aku dah tak ingat sapa nama kawan aku tu dan mcm mna rupa dia…dan jantina dia pun aku dah tak ingat langsung…apa yg aku crita ni pun sisa dri memori aku yg tak boleh lupe…apa yg aku ingat aku pernah berkawan dgn makhluk yg bukan manusia atau lbih tpat disebut sbgai jin…

Dan yg specialnye adalah…makhluk tu adalah kawan pertama aku…walaupun ingatan aku dah samar2 tentang kawan aku tu..tpi aku tak pernh lupa yg dia pernah jadi kawan aku…nak kata seram x kot..sbb dia xda niat jahat pun..lagi pun kawan aku jin kot..bukan syaitan..jin dan syaitan mmg makhluk halus ttpi dri spesis yg berbeza..klw syaitan dan iblis..

Mmg makhluk licik yg tujuannya hanya utk menyesatkan akidah anak2 adam..tpi jin atau bunian…mereka sama seperti manusia..ada yg baik ada yg jahat…ada yg muslim..ada yg non muslim..cuma mereka tercipta sbg roh tnpa jasad..dan x boleh dilihat dgn mata kasar..oklah skian shaja crita masa lalu aku ttg kawan aku..terpulang lah nak percaya atau tak..walaupon bgi aku crita ni x seram langsung…tpi tak taulah klw org yg dgr crita aku ni apa persepsi diorang ngan aku…kisah ni pun dah lebih 14 thun yg lpas…

Pakcik yg tutup hijab mata aku tu pun aku dengar dah meninggal(al fatihah)…tpi apa yg jadi persoalan aku sampai skrg..btul ke hijab mata aku dah ditutup sepenuhnya..walaupun aku dah boleh hidup normal mcm org lain…tpi ada kalanya aku boleh nampak kelibat2 makhluk ‘asing’ walaupun skadar bayangan…dan kali ni aku tak pernh crita dgn parent aku..sbb yg aku nampak kali ni bukanlah jin atau bunian dgn rupa paras yg cantik😭😭..smoga hijab mata aku tak tebuka balik…tak nak lah aku dpt gelaran gadis pelik pulak kali ni…huhu..ok sekian shaja perkongsian crita aku..wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh🤗

Kisah perkongsian dari Ika

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah JKR Berhantu

Selamat Datang Ke Kisah Misteri – Nota Admin