in

Kawan

Cerita ni, berlaku dekat rumah yang aku duduk sekarang. Sebagai intro, aku ceritakan sikit sejarah rumah aku ni. Rumah aku ni dah usia lebih 30 tahun. Aku duduk sini pon dah lebih 20 tahun. Campur dengan rumah ni terbengkalai dalam 10 tahun.

Jadi dalam tempoh tu, tak mustahil ada penghuni lain yang book rumah tu awal-awal. Kebetulan pulak rumah ni dari kawasan hutan. Ready?

Masa umur aku dalam 5 6 tahun, aku ni degil sikit. Suka buat kepala sendiri, suka buat abang-abang dan akak-akak marah. Setiap kali aku kena marah, aku akan cakap,

“Panggil kawan karang!”

Mula-mula diaorang buat tak tahu je, sapa KAWAN aku. Lama-lama baru diaorang terfikir, sapa KAWAN aku tu. Dekat dapur rumah aku, ada satu akuarium. Dalam tu abah aku letak ikan puyu. Satu hari mak aku nampak aku cakap sorang-sorang sebelah akuarium tu. Sambil dok bergayut tepi meja. Mak aku dok perati je masa tu.

Last-last dia tanya aku,

“Cakap dengan sapa?”

Aku pun jawab,

“Cakap dgn kawan”

Mak aku tanya lagi,

“Macam mana dia datang? Macam mana rupa dia”

Aku jawab sambil tunjuk pintu.

“Dia masuk ikut pintu. Tapi dia tak bukak pintu pun. Dia lalu je ikut pintu. Badan dia hijau. Mata dia satu. Ada tanduk!”

Macam tu la mak aku citer masa aku jawab dekat dia. Lepas kes tu, takde apa-apa jadi kat aku sebab maybe mak aku citer benda ni kat abah aku. Abah aku tahu ubat sikit-sikit cara islam. Taklah hebat sangat. Bolehlah protect family aku. Mesti korang fikir budak-budak ada kawan khayalan kan?

Benda yang sama jadi kat akak aku. Tengah-tengah malam dia bangun dari tidur. Masa tu abah aku tak tidur lagi. Abah aku tanya,

“Nak pegi mana?”

Akak aku boleh jawab,

“Aku nak pinjam anak kau kejap. Nak ajak dia main dekat belakang!”

Dan yang penting, suara tu bukan suara akak aku. Mengah-mengah jugak abah aku nak kejar dia dalam rumah. Lepas tu, abah aku bacakan ayat kursi. Akak aku tidur semula. Tapi dia sendiri tak ingat apa jadi.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Roh Tak Tenang

Tetamu