in

Kaki Mana?

Suatu malam

Seorang apek menunggang Yamaha Nouvo model lama.Skuter tunggangannya dipandu perlahan sebelum disambar sebuah kereta Mitsubishi Evo 3 wannabe.Apek putus kaki.Mujurlah mat-mat rempit kampung cuti merempit malam tu,maka dibantulah apek dengan menghubungi ambulan.

Malam esoknya.

Saudara-mara apek datang membawa barang sembahyang mereka.Selain bersembahyang mereka turut mencari sebelah kaki apek yang gagal dijumpai sehingga kini(2010).Apek mati dihospital malam tadi kerana tak tahan sakit.Merah darah masih membasahi tepi jalan.

Malam seterusnya.

Mat-mat rempit kampung sedia untuk memanaskan litar jalan kampung.Perlumbaan akan bermula jam 2 pagi.Motor semua siap di tune dirumah masing-masing bagi yang ‘true’ dan yang takut ditarik semula kunci motor oleh keluarga akan menyiapkan motor dirumah kawan lain.Race tetap race.Sebiji 125z,3 Kriss,1 Legenda dan 2 EX5 Class 1.

Tepat jam 2 pagi,tiada perlumbaan dimulakan.Semua pakat balik rumah sebab setengah jam sebelumnya ada member lain nampak ‘apek’ menjenguk-jenguk kawasan tempat beliau dilanggar.Dijenguk parit sebelah jalan,dijenguk belukar tepi,sambil menyeret-nyeret sebelah kaki yang tinggal.Member cabut dan kemudian di teksnya semua pelumba haram secepat mungkin.

p/s-penulis tak tahu pun ada ‘apek’ eksiden malam sebelumnya sebaliknya penulis keluar rumah jam 2 suku pagi mencari nasi pada malam yang sepatutnya ada race.Nasib tak ada apa-apa tengah jalan.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Masuk Dalam Batu

Hantu Menangis