in

Kakak Potong Rambut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua readers. Terima kasih admin kalau terima cerita aku ni.


Aku Fia. Cerita ni lebih kurang 2 tahun lepas. Dulu aku kerja sebagai tukang gunting rambut kat salon makcik aku. Salon tu di Shah Alam, khas untuk perempuan je. Dan masa tu kira top jugak lah kat area tu sebab pakej yang ada dalam salon makcik aku tu murah-murah, jadi ramai la jugak customer dalam sehari.

Satu hari tu, aku dengan makcik aku je yang kerja. Staff makcik aku, Kak Min cuti. Masa tu dah pukul 6.30 petang, aku kemas-kemas salon sebab salon tutup pukul 7 petang. Makcik aku pulak tengah rehat-rehat kat pantry, sakit kaki katanya.

Tetiba loceng pintu berbunyi. Aku tengok ada customer kat luar. Tunduk je dia.
Aku pun terus pegi bukak pintu. Masa tu terkejut jugak la aku tengok muka perempuan tu. Muka dia putih sangat, rambut panjang paras perut. Dia pandang aku tajam tanpa senyuman pun. Dah la kepala dia separa tunduk, mata dia pulak pandang aku. Tak ke seram?
Mula-mula aku fikir tu hantu tapi bila terpandang baju dia warna merah takkan la hantu kot. Biasa baju hantu kan warna putih hahaha.

Aku tanya dia, “Ya cik, nak potong rambut ke?”
Dia jawab, “Potong.”
Pastu dia terus masuk dan terus duduk atas kerusi untuk potong rambut.
Aku tanya lagi, “Potong sampai mana ye?”
Dia tunjuk dengan tangan je. Dia nak paras dada.
Masa ni aku dah start rasa seram dan pelik. Bayangkan, masa aku tengah sikat and potong rambut dia, mata dia pandang tepat kat aku melalui cermin depan dia tu. Tapi aku buat-buat macam biasa je. Sampai aku terfikir dia ni gila ke.
Tengah syok-syok potong rambut dia, tiba-tiba aku baru perasan yang rambut dia macam tak pendek-pendek pun. Padahal aku dah potong dah. Rambut dia yang dah dipotong pun banyak atas lantai. Sebab biasanya aku akan potong belah kanan dulu.

Tapi aku fikir positif lagi. Aku rasa macam aku yang lupa kot belah kanan tu dah potong ke belum. Aku pun potong lah belah kanan pulak. Kemudian aku sambung belah kiri. Yang dia ni memang dari tadi duk pandang aku je. Sepatah pun tak bercakap. Bila aku sikat-sikat rambut dia, rambut dia masih lagi kat paras perut. Aku yakin sangat yang aku memang dah potong dah rambut dia sampai paras dada.
Aku tengok dia, dia masih lagi pandang aku. Aku dah nak nangis dah time tu sebab aku terpandang jam rupanya dah hampir pukul 7 dan aku rasa dia ni macam bukan manusia.

Aku tipu dia aku cakap aku nak ke belakang kejap ambik gunting lagi satu. Padahal aku nak cakap dengan makcik aku. Aku baru je nak melangkah, dia gelak macam “Hehh”
Time ni aku macam dapat rasakan yg dia tak bagi aku pergi. Taktau lah kenapa, aku tak jadi pergi ke pantry. Aku sambung sikat rambut dia yang dari tadi tak siap-siap tu.

Masa aku tengah sikat rambut dia bahagian tepi, jari aku terkena sikit kat pipi dia. Aku dapat rasakan kulit dia sejuk sangat! Lagi la aku meremang gila-gila. Aku mula terfikir sampai bila-bila pun takkan siap potong rambut dia ni sebab tak pendek-pendek.
Aku beranikan diri, aku cakap, “Ok dah siap.”
Dia bangun dari kerusi tu slow motion je menuju ke pintu keluar.
Oiii tak bayar ke? Dah la rambut kau kena potong banyak kali, ingat free? Haha.
Aku biarkan je lah dia keluar tak bayar, takut punya pasal.

Lepas aku tutup pintu, terus aku berlari pegi pantry. Makcik aku tidur pulak dah nak maghrib tu.
Aku kejutkan makcik aku tu dan aku cerita kat dia. Makcik aku pun rasa pelik sebab dia mengantuk teruk. Kaki dia pun sakit sangat macam susah nak pijak.
Aku terus sapu-sapu lantai and kitorang pun terus siap-siap nak balik sebab dah rasa semacam.

Esoknya, hampir 7 petang baru la aku dengan Kak Min start kemas salon sebab ada customer datang lewat petang. Tiba-tiba bunyi loceng. Aku tengok jam dah pukul 7 tepat. Rasa geram jugak sebab dah penat sangat haritu.
Kak Min yg bukakkan pintu. Tapi tak ada siapa pun.
Yg ada cuma rambut sepah-sepah kat luar.
Kak Min cakap, “Oi Fia senang kerja kau buang rambut kat luar eh.”
Bila masa pulak aku buang rambut kat luar.
Aku pun jenguk kat luar pintu. Terus meremang segala buluss sebab aku rasa ni ada kaitan dengan ‘kakak’ semalam.
Aku ajak Kak Min dgn makcik aku balik cepat

Lepas kejadian tu, boleh dikatakan setiap hari ada benda pelik2 jadi kat salon. Kak Min pun kena jugak.
Kadang-kadang nampak kelibat. Kalau time tak ada customer, kitorang slalu lepak kat pantry. Dari pantry tu selalu je nampak bayang-bayang orang jalan kat bawah pintu. Yang paling tak boleh ‘brain’, bath tub tempat customer mandi bunga selalu kotor gila. Macam bekas-bekas lumpur pun ada. Padahal sebelum tu tak pernah pun jadi camtu. Makcik aku pulak asyik sakit kaki. Dia lagi banyak duduk rumah dari duduk kat salon. Customer pun makin berkurang. Ada satu hari tu, dua orang je customer dari pagi sampai petang. Benda ni melarat sampai berbulan-bulan, makcik aku terpaksa tutup salon sebab tak dapat untung pun.
Betul ke semua ni sebab dengki manusia?

Jauhilah sikap suka dengki dengan kejayaan orang lain.
Sekian.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Anneliese Michel

Rasa Benda Ada Di Mana-Mana