in

Kak Ponti Datang Menziarah

Ini pun kisah masa aku sekolah menengah dulu-dulu, dikatakan ada kak ponti (korang tau kan? jadi tak payah la aku sibuk nak explain apakah makna ponti itu). Dikatakan dari mulut ke mulut, telinga ke telinga tokok tambah darab bahagi, kak ponti tu telah menyerang Kampung Boyan. Jadi budak Kampung Boyan ketakutan tak berani keluar rumah. Malam Jumaat seterusnya, kak ponti kelihatan di atas atap rumah orang Kampung Gersik. Macam tu la seterusnya, kat kampung itu, kat kampung ini dan sepanjang malam mengilai macam nak gila. Mamat motor jadi ahli surau, minah jalan pulak mengaji siang malam. Kesahihan tu tak dapat nak dipastikan tapi sepanjang aku sekolah kat situ (exclude masa Form 6 dua tahun), kisah tu berulang setiap tahun pada pertengahan tahun. Sekarang aku dah tak sekolah lagi jadi aku tak tahu sama ada kisah tu masih ada atau dah ada jalan penyelesaiannya. Actually, bagus juga bila kak ponti datang menziarahi…surau yang sepi itu menjadi berseri-seri dengan kehadiran pemuda dan pemudi…tak gitu?

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perempuan Kampung Sourabaya

Pisau Jadi Berus Gigi