in

Jin Tumpang Solat

Assalamualaikum dan hai, aq nak berkongsi kisah seram yang pernah terjadi pada diri aq seminggu yang lepas. Aq tinggal di sebuah rumah kampung yang agak besar bersama sama ibu,abang dan adikku. Dipendekkan cerita, keluarga aq dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan saudara aq. Jadinya mereka pun ambil keputusan untuk tidur di rumah saudara aq untuk bantu persiapan hari pernikahan esoknya. Aq sahaja yg tidak ikut kerana banyak assignment yg belum aq selesaikan. Pada malam hari itu, macam biasa selesai je solat maghrib aq pun turun ke dapur dan masak makan malam aq. Lepas selesai aq makan aq pun naik balik masuk ke bilik untuk selesaikan assignment aq. Waktu aq nak buka bilik aq tu, aq dapat bau wangian yang sangat wangi. Aq pun x kesahlah sbb mungkin jiran sebelah rumah aq ni tgh masak. Aq harap dia hantar sikitla kat aq. Hehehe. Aq pun bukalah pintu bilik aq dan masa ni la aq terkejut bila aq nampak ada satu sosok yg bertelekung tengah rukuk atas sejadah dalam bilik aku. Aq x nampak wajahnya, aq hanya nampak belakang badannya saja. Aq masa ni memang kaku satu badan dan bulu roma aq semuanya dah naik. Aq x dapat nak bersuara yang aq tahu sosok depan aku ni bukannya orang. Tiba2 dalam posisi dia tgh rukuk ni dia pusingkan kepala dia kearah aq. Muka dia hodoh sangat2 dgn matanya yg merah menyala dan bibir dia yg bergerak seakan-akan tgh membaca sesuatu. Tiba2 pandangan aq jadi gelap, sedar2 je hari dah siang dan aq terbaring depan pintu bilik aq. Aq rasa aq pitam dan aq yakin kejadian malam tu bukannya mimpi sebab aq nampak sejadah dalam bilik aq tu terbuka dan masih ada diatas lantai bilik aq. Terima kasih kerana sudi membaca cerita aq.

Perkongsian Daripada Amri.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menyerupai

Patung Okiku