in

Jengukan Maghrib

Kisah ini terjadi ketika aku berumur 14 tahun. Rumahku adalah rumah kampung lama yang mana bilik air rumah ku ini berada di luar rumah. Biasalah rumah lama orang zaman dulu ini memang kebiasaannya bilik airnya berada di luar rumah. Aku sering kali mandi selepas azan Maghrib berkumandang. Ibuku sering memarahi aku supaya aku mandi lebih awal sebelum Maghrib. Biasalah,Aku pada masa itu tidak kisah dengan nasihat ibuku itu seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Namun semuanya berubah bila suatu hari yang mana hari ini merupakan hari paling hitam dalam hidupku dan tak akan aku lupakan sampai bila-bila.Seperti biasa, Aku akan mandi selepas azan Maghrib, Aku pun ke bilik mandi yang lebih kurang 8 langkah dari pintu masuk rumah aku. Aku pun mandi seperti hari-hari sebelumnya tanpa ada perasaan takut sekalipun. Hendak dijadikan cerita selepas habis aku mandi aku pun mengambil tuala ku dan menutup tubuhku yang basah. Aku pun membuka pintu bilik mandiku dan ketika inilah badan ku kaku. Hendak tahu kenapa, selepas saja aku membuka pintu bilik mandiku aku melihat satu kepala dengan wajah yang sangat hitam dengan kedua biji matanya merah menyala merenung tajam ke arah ku. Lembaga itu sedang duduk di kerusi luar rumah ku yang berada tidak jauh dari bilik mandiku dengan posisi kepalanya menghala kearah ku. Aku terus menjerit sambil menutup mata ku.Ibuku keluar kerana mendengar jeritanku dan aku pun membuka mataku kemudian lembaga itu sudah lagi tiada.Semenjak kejadian itu aku tidak lagi mandi lewat lebih-lebih lagi selepas azan Maghrib kerana aku tahu waktu inilah “mereka” berkeliaran di luar rumah menanti mangsanya.

Perkongsian Daripada Amsyar.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Beralih Alam

Hijab Terbuka