in

Jembalang Tanah

Pelbagai jenis cerita yang selalu saya dengar melalui rakan dan keluarga cuma ada satu cerita yg ingin saya kongsikan. Kisah ini bermula semasa ibu saya masih melahirkan anak yg ke-lima iaitu kakak saya. Masa tu kami tinggal di miri, rumah di miri tu sememangnya berpenunggu namun sekian lamanya kami tinggal bahagia tanpa gangguan makhluk tersebut. Pada suatu hari dimana masa itu waktu maghrib, masa tu ibu saya berada di tingkat atas ketika sedang menjaga kakak yang masih bayi dan tidur di buaian tiba-tiba ibu  merasakan ada sesuatu yang memerhatikan mereka berdua namun ibu tidak memperdulikan kerana merasakan hanya mainan perasaan semata-mata tiba-tiba perasaan diperhatikan berubah menjadi takut apabila kelibat makhluk yg hodoh, berbulu, dan berwarna hitam sedang berdiri di penjuru dimana tempat ibu duduk. Mata makhluk tersebut yang merah menyala serta lidahnya yang panjang membuatkan ibu terpaku dari berbuat apa-apa. Ibu sempat menyambut kakak dan membawanya lari. Selepas kejadian itu, ayah telah menjemput seseorang yang sangat pakar dalam mengetahui jenis-jenis makhluk halus. Beliau mengatakan bahawa makhluk yang menjelmakan diri pada masa itu dkenali sebagai jembalang tanah.

Pada malam tersebut, semua ahli keluarga dan individu yang pakar dalam makhluk halus tersebut berada di tingkat atas rumah itu. Tiba-tiba ibu memandang sesuatu di tingkap yang berada di tangga dan kelihatan kelibat seorang wanita yang berambut panjang dimana rambut tersebut menutupi bahagian muka individu yang pakar tersebut mnyatakan bahawa wanita tersebut memiliki wajah yang cantik. Boleh percaya kah? Hahaha.

Perkongsian Daripada Daus.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apartment Berhantu

Hantu Bangkit