in

Jelmaan Ayah

Cerita ni dah lama tapi aku cerita pengalaman aku okay dgn benda² halus ni ,

Masa tuu aku tingkatan 1 tak silap , aku ni bukan lah jenis boleh nampak benda² halus ni tapi tak tahulah Satu hari tuu aku nampak benda ni tp bg aku xseram ah sebab benda tuu mnyerupai ayah aku sendiri ,

Macam biasa tempat sekitar rumah aku ni Mmg keras pun tapi alhamdulillah setakat ni yang pernah aku nampak just pocong & makhluk yang menyerupai ayah aku . perghh alhamdulillah ? Nasib xnampak muka pocong tuu & nmpak sekali imbas je kalau x demam setahun 😂 Ahahaaaa ,

Okay² back to the topic ,

Disebabkan aku ni Jenis yg Mmg tak keluar rumah so Ada masa² aku keluar lah jugak kan ? Masa aku nak keluar tuu aku ternampak Ada Satu lembaga sebijik weyh mcm ayah aku tgh kutip sampah depan rumah ! 😱
Aku tak terlintas pulak nak tegur aku anggap benda biasa jelah bila aku pusing belakang then aku pusing balik tempat lembaga menyerupai ayah aku tup² hilang secara tiba² ( but masa tuu aku Mmg fikir tuu ayah aku bukan benda tuu )

Then aku puas Cari ehh ayah pergi mana ??

Aku Tanya Maa (ibu) aku Maa aku ckp ayah aku kerja Kat atas ( aku tinggal kat quarters , atas quarters niey Ada loji air , Haa ayah aku kerja kat situ jelah ) , dalam sejam or dua jam ayah aku balik yang buat aku terperanjat baju yg aku nampak “ benda ” kutip sampah td xsama dgn baju yg ayah aku pakai 😰

Perghhh geletar sekejap dah lah baju yg aku nampak ” benda ” tuu pakai baju yg aku pernah belikan kat ayah aku dulu masa aku pergi rombongan ke melaka ,

aku Tanya ayah aku , ayah bukan ayah pakai baju coklat ke tadi ? Ayah aku cakap taklah ayah Mmg pakai baju ni dari pagi td ,

Hmm yg buat aku terpegun rajin pulak benda tuu kutip sampah , syg alam sekitar kot , kikikiii

Hmm tuu jelaa aku nk cerita alhamdulillah takde gangguan apa² cuma yela duduk tempat keras korang tahulah mlm² dengar bunyi Ada benda jatuh Kat atap berdentum ! Kuat gila ! Kadang² dengar Ada cawan jatuh Kat dapur tengok² xde ,

Cuma Satu jela pesan aku apapun kita Ada Allah , so kita kena kuat , jgn terlalu penakut & jgn terlalu berani banda ni Ada cuma kita jgn kacau dia , insya Allah dia xakan kacau kita selagi kau xlupa solat & baca al-quran benda tuu confirm xberani masuk rumah & kacau kau .

Faham ke xfaham ? Kalau xfaham pandai²lah buat2 faham 😂

Hokay Sekian 😉

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Meracau

Gangguan Tengah Malam