in

Jari Siapa?

Assalammualaikum.
Kisah ni terjadi ketika saya sekeluarga menetap di salah sebuah taman perumahan di Hulu Langat Selangor.
Rumah sewa kami terletak dihujung jalan mati. Rumah 2 tingkat. Bawah batu dan di bahagian tingkat atas adalah papan.
Pada suatu petang menjelang maghrib. Mak saya masuk ke bilik air untuk mandi dan berwuduk.
Ketika sedang asyik mandi.. Mak saya terpandang jari jemari yang cantik. Kuku bersinar bersih dan dipotong pendek menyapu-yapu air yang membasahi batu penghadang bahagian bawah lantai pintu bilik air. Mak saya pon tegur “Cari ape dik? Mak tengah mandi ni. Ade barang jatuh ke?” Sangkaan mak itu adalah jari adik saya yang mungkin tengah mencari barang dia yang jatuh. Namun senyap sunyi tiada balasan. Jari jemari tersebut terus menyapu-nyapu air di atas batu dibawah pintu bilik air. Kemudian hilang.

Mak saya keluar dari bilik air dan terus menyarung baju. Dia mencari-cari adik saya sambil memanggil namanye “Dikkk.. Ooo dik.. Adik Ani !!” Jerit mak “Yer mak!! Sahut adik saya dari luar rumah. Kelihatan adik sedang asyik berborak dengan tunangnya didepan rumah.
Mak saya tanya “Adik cari ape tadi kat pintu bilik air?” Adik saya pelik dengan soalan mak. Padahal dia baru balik. Tak masuk lagi rumah..
“Adik baru sampai ni mak. Tak masuk lagi rumah.. Borak dengan Sham kejap” jawab adik.
Bila adik masuk rumah.. Terus mak mintak jari adik untuk check kuku dia, eh? Ade lagi inai di jari masa bertunang baru-baru ni tapi jari yang mak tengok menyapu-yapu air dibilik air tu kukunya putih bersih dan tiada apa-apa warna. Alhamdulillah ‘Kau’ tak muncul menampakkan diri dan hy menunjuk jari jemari cantik dengan kuku yang rapi dipotong pendek kata mak dalam hati.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tingkat 8

Wad Bersalin