in

Jangan Letak Beg atas Loker Anda!

Yang ini amaran pertama yang aku terima dari warden sekolah dan budak sebilik ngan aku. Aku, yang pada mulanya tak tahu apa pasal- kenapa, bagaimana, mengapa, apa dan bila, pulak boleh letak beg dengan selamba atas loker. Satu bilik tak kasi aku dan kawan aku buat macam tu…maklumlah aku dan kawan aku tu orang baru, mana tau. Lepas tu, budak bilik aku kasi tu masa Ara (budak Form 3 yang sebilik dengan aku) baru datang dari Miri jadi dia letak beg atas loker (kebetulan dia duduk katil atas double decker jadi dia ingat senang la letak barang dekat dengan tempat tidur dia).

Malam tu, diorang dengar bunyi orang sepak terajang jalan seret2 dan hentak hempuk kat semua loker, satu bilik jadi ketakutan. Esok pagi, Ara terus campak beg dia dalam almari baldi. Malam seterusnya, bunyi tu dah takde lagi. Aku yang kecut perut sambil pandang memandang kat kawan aku tu terus simpan beg dalam loker sendiri dan tidur dengan berdebar-debar pada malam pertama kat hostel. Walaupun aku tak tahu sama ada kisah tu kisah benar atau tidak, aku tak nak ambik risiko. Lagipun, satu blok bercakap benda yang sama so lebih baik mengembek bila orang lain mengembek.

(p/s: ramai jugak asrama sekolah tak benarkan pelajar letak beg atas loker..mungkinkah disebabkan alasan yang sama?)

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pak Tua Keliling Padang Dan Nyanyian Atas Bumbung Sekolah

Misteri Jalan Dari Kota Kinabalu Ke Tambunan