in

Jambatan Ancol

Ini adalah antara urban legend paling popular di indonesia, jangan tanya aku real ke tak.
Ancol agak femes di indonesia, salah satu tumpuan pelancong, aku tak pernah jejak lagi kawasan ni.

Mengikut salah satu versi, beberapa puluh tahun yang lalu, ada sorang perempuan cantik yang digilai ramai jejaka sana. Gadis ni dikatakan lari dari rumah sebab tak nak kahwin dengan orang kaya tempat dia tinggal, tapi malangnya masih ada lelaki lain yang cuba ambil kesempatan untuk milikinya.

Lelaki tu upah orang untuk tangkap perempuan ni, bergelut tapi akhirnya perempuan ni mati. Mayat perempuan ni dibuang di kawasan sawah, tak jauh dari jambatan ancol. Sejak dari tu mulalah misteri penampakan gadis muda cantik kat situ.

Ada orang pernah nampak perempuan ni naik perahu dia malam², dia bayar pakai daun.

Ada penjual rokok baru bukak kedai kat kawasan tu pernah nampak dia secara dekat, dia datang kat kedai tu sambil senyum. Masa tu hujan gerimis, perempuan tu pakai baju kuning. Bila dia tanya nak beli apa, perempuan tu terus hilang.

Ada seorang pelukis kat situ, perempuan ni pernah minta pelukis untuk lukiskan gambarnya kat jambatan tu. Bila pelukis tu dah siap lukis separuh badannya, perempuan tu hilang sebaik saja dia toleh.

Sejak daripada tu, hantu perempuan ni terkenal dengan jolokan nama “si manis jembatan ancol” malah pernah diangkat menjadi sebuah filem “The Sweet Maiden of Ancol Bridge”.

Ada satu hotel tu pun orang selalu nampak perempuan ni. So katanya pihak management hotel tersebut siapkan satu bilik khas untuk hantu lagenda cantik ni.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Patung Badut

Tomino’s Hell