in

Jam Loceng Siapa Yang Berbunyi?

Nama aku Rina (bukan nama sebenar). Hari ini aku ingin menceritakan kisah yang terjadi pada aku ketika aku bersekolah di Negeri Sembilan. Aku tinggal di di sebuah asrama di seremban. Aku sekolah Kat sana hanya 2 Bulan sahaja sebab aku tak tahan. Aku dibuli. Okey bukan itu yang hendak aku ceritakan. Pada Hari pertama aku bersekolah okey je takde ape ape yg berlaku.

Selang seminggu dua aku diganggu. Pada malam tu aku tidur lena. Tiba tiba aku terjaga sebab terdengar bunyi jam loceng. Aku ingat dah pukul 5 la tapi aku pelik kenapa semorang tak bangun lagi. Aku tido katil tingkat atas aku turun pergi kejut la kawan aku. Diorang semua tak bangun. Aku terus pergi loker (loker aku hujung sekali ) amik tuala dan terus menuju ke tandas.

Asrama kami Ada tiga tingkat tetapi hanya dua tingkat yang digunakan kerana tingkat pertama jadi tempat prep Dan sebagainya. Aku dorm kedua hujung menuju tangga dan tandas Pula dekat hujung sekali sebelah pokok besar. Aku terus pergi tandas dan takde sape Kat sana. Aku jengguk bilik air lepas amik baldi aku takde orang aku dah takut gile dah masa tu. Aku letak balik baldi lepastu terus lari masuk dorm. Aku kejut balik kawan aku lepas tu die terjaga Dan berkata “baru pukul tiga la we ” meremang terus bulu roma aku. Aku Naik balik katil Dan terus tidur. Itu sahaja dari saya sekian terima kasih.

️Perkongsian daripada Rina.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lembaga Hitam

Almari baharu Ep1