in

Jam 3

Kisah ini diceritakan oleh salah sorang kawan kami yang bila semua orang dah tidur, dia bangun tengah malam dengan kawan dia untuk berborak. Sebab tak nak ganggu orang lain, dua orang sekawan ni pun tariklah tilam dorang dekat tepi asrama dorang supaya tak bising sangat. Tapi tak lama lepas tu, dorang tiba-tiba je dengar suara tapak kaki kat luar bilik dorm. Langkah perlahan, tapi berselang dengan bunyi berat macam orang tempang berjalan.

Mulanya, dorang ingat itu cumalah bunyi salah seorang pelatih, tapi dorang mula sedar yang kalau ada orang kat luar, mesti ada bunyi pintu dibuka. Masa tu pulak dah pukul 3 pagi, siapa pulaklah yang jalan macam tu malam-malam ni? Pelik, dah gubra ni. Pastu dorang dengar yang jejak langkah tu semakin dekat dengan dorang, iaitu sampai ke koridor lain di luar asrama – betul-betul di hadapan pintu dorang.

Tiba-tiba, dorang dengar ada seseorang/sesuatu cuba untuk buka pintu dan masuk ke dalam bilik. Masa ni la dorang saling berbisik dan tahan nafas dan baca semua doa yang dorang tahu, supaya Tuhan lindungi dorang daripada benda buruk terjadi. Doa dorang termakbul sebab tak lama benda tu mencuba untuk buka pintu, dorang dengar bunyi berpatah balik, menuju ke arah mana dia datang tadi sebelum bunyi tu terus lenyap.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hospital Berhantu 1

Misteri Tasik