in

Cik Nampak Tak Apo Bondo Tu?

Masa ni aku bekerja kilang dekat area Seremban, jauh sikitlah dari Seremban. Kilang tu pun sampai sekarang masih wujud berhampiran satu kawasan perkuburan. Yang aku nak cerita ni bukan pasal kilang atau kubur tu. Aku nak bercerita pasal Jalan Lama yang setiap hari aku lalui pergi dan balik kerja. Ada banyak kejadian aneh yang aku lalui.

Salah satunya kisah awal pagi….

Kilang tu memang agak jauh dari rumah, perjalanan pergi sahaja dah 3 jam. Masuk kerja jam 7 pagi jadi hendak tak hendak 3.45 dah kena pergi kerja. Korang percaya tak aku sanggup berulang alik macam tu semata-mata nak cari duit poket lepas sekolah?Aku percaya korang pun pernah buat macam tu. Naik bas sambung tidur lah jawabnya.

Pagi tu aku tahu lah apa hal susah benar nak lelapkan mata.Lepas pakcik driver tu ambik budak-budak dari kampung orang asli dekat transit area rumah aku, kami pun meneruskan perjalanan.Punya lah kuat pakcik tu buku lagi dangdut Amelina.Aku tengok budak lain lelap syok aje. Adalah lebih kurang 20 orang dalam satu bas tu.

Di sebabkan aku tak dapat melelapkan mata aku duduk belakang pakcik bas yang sememangnya kosong.
“Apasal Long, nape tak tidur?”
“Ontah lah cik..mato ni tak nak lak lolap.”
“Syok layan lagu dangdut lah tu…”
“Tak ado makno eh doh cik. Tak seleso pulak ghaso eh.”

Memang hati aku kurang syok hari ni, selalu tak macam tu pun.Tak apa lah nanti waktu rehat boleh tidur dekat surau je, aku fikir macam tu je.Tak ada apa nak bual dengan pakcik tu aku pun duduk balik dekat tempat aku. Jam dah pukul 4.30. Lepas dah pun lampu isyarat dan sekarang melalui jalan yang sangat sunyi..jalan pintas serting ke Kuala Pilah.

Aku pun pandang keluar tinggkap, masa tu entah macam mana jelas sangat pada pandangan aku…ada cahaya dalam pokok getah tu. Kalau orang menoreh getah awal pagi mustahil cahaya tu bergerak seiring dengan bas.Makin laju bas bergerak makin benda tu laju mengikut.

Aku ni cepat-cepat lah pergi dekat pakcik balik.
“Cik nampak tak apo bondo tu.”Masa tu aku tak fikir pun benda-benda macam ni jangan sesuka hati nak tegur. Allah!Memang tak terfikir benda tu apa-apa yang menakutkan pun.

“Ish…acik dari tadi dah nampak long. Biru yo api eh”Jawab pakcik bas tu.
“Apo tu cik?”Aku tanya lagi, tak puas hati nak juga tahu apa benda tu.

“Tuju-tuju tak?Tak pun peperut.”
“Tuju-tuju?peperut?”Apa tu..?”
Apa benda lah yang pakcik ni sebut.Aku memang tak tahu apa pun masa tu.
“Hantu lah…”Jawab pakcik tu.
Aku mula dah takut, aku pandang belakang bas yang gelap gelita. Dah lah budak-budak kilang ni pakai baju warna putih. Seram pula aku rasa masa tu.Dah macam mayat tergolek je masing-masing aku tengok atas kerusi.

“Biasalah, awal sangat lagi. Time dia berkeliaran selagi tak masuk waktu subuh.”Ujar pakcik tersebut.
Sebaik sahaja sampai simpang satu lagi, cahaya tu pun hilang macam tu sahaja tak tahu ke mana.
Masa tu memang aku tertanya-tanya pasal cahaya tu, musykil…Apa mahluk yang ada disebalik cahaya itu…wallahhualam!Sampai sekarang kalau aku lalu jalan lama tu memang aku pandang juga sekeliling…kot terserempak lagi. Tapi memang tak pernah dah ada benda tu.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Malam Terpanjang Dalam Hidup Aku

Kolah Air Asrama