in

Intai

Pengalaman aku beberapa tahun lepas. Eh bukan aku lah, aku cuma ada kat tempat kejadian je….kawan aku yang nampak, lets call her nani jelah ek.

Aku dengan nani ni part of a team yang menjaga kebajikan para pelajar di kolej masa tu. Jadi bila student lain belum balik ke kampus, kami terlebih dahulu sampai di kolej. Meeting kami hanya akan diadakan di waktu malam sebab masa tu je semua free, kadang² lanjut ke tengah malam kalau ada aktiviti² penting dalam masa terdekat.

Oleh kerana masa tu kampus kami majoritinya adalah pelajar diploma, so bila budak diploma balik cuti sem, kampus memang lengang…kadang nak cari makanan pun susah 😪

Apa yang aku ingat, satu hari tu kami baru balik dari somewhere and then semua tetamu lain dah bersurai, kami berpecah kepada kumpulan² kecil sebab ada barang kena jaga (eventho waktu tu rasanya takde sape pun nak curi…). So aku, diah dgn nani ni lah yg ditugaskan menjaga barang² tersebut kat bustop kami drop off tu. Kami duduk bawah lampu pun tetap rasa seram sebabnya takde manusia lain selain kami kat situ, bila sunyi semua bunyi pun rasa seram. By the way, belakang bustop yang duduk tu ada kafeteria, sebelahnya blok student lelaki…

Masa tengah tunggu diorang tu datang balik, kami sembang² lah konon tanak bagi rasa takut…tetiba dari belakang, dengar bunyi kerusi ditarik/ditolak. Korang bayangkan, malam, kafeteria gelap, korang bertiga je manusia kat situ tetiba dengar bunyi kerusi ?
Terdiam kejap masa tu. Lepastu kitorang buat bodoh je, nani cakap “ah buat bodoh je, saje lah tu dia nak usik tu”. Nani ni jenis “ganas²” sikit orangnya. Bukanlah tomboi, cuma kasar sikit daripada pompuan bertudung labuh (la jugak) yang lain…

Lama lepastu nani tetiba start nangis….gila aku tak terkejut, ganas² dia pun tetiba nangis dah kenapa kan…pastu dia cakap “wey mana diorang ni, aku tak boleh lah duduk sini lelama aku nak balik….”

Aku dah cuak dah. Diah cepat² call bebudak lain suruh datang. Bila sya datang terus nani peluk dia, badan gigil². Bila tanya kenapa dia geleng² kepala je…

Terus kami semua ambik semua barang, gerak sekali semua…lepas simpan barang, sya tenangkan si nani tu. Bila dah stabil sikit baru dia cakap dia ternampak something seolah² mengintai kitorang dari dinding tangga blok lelaki tu. Kiranya si nani ni secara tak sengaja terpandang benda tu yang kebetulan memandang kitorang kat situ. Dia senyum gais. No wonder lah sampai mengigil si nani tu….

Masa ni jugak lah aku baru tahu yang nani ni memang ada kelebihan nampak benda² ni tapi sebabkan dia memang jenis lemah semangat sampai tahap lembik gila badan dia kalau ternampak benda tu, so nenek dia hantar dia berubat untuk pulihkan semangat dia. Lama dah dia tak nampak sampai lah haritu first time dia
nampak balik.

Lepas je kejadian tu, nani cuti panjang…balik kampung untuk berubat semula. Aku nak puji jugak lah, dia tabah jugak…aku tengok dia rileks je takde lah jadi penakut namampos.

Dah hampir 5 tahun lepas kejadian tu. Aku tak pasti sekarang ni nani still boleh nampak lagi ke tak.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berseorangan

Misteri Bilik Kecil