in

Ibu

Pernahkah kamu rasa kehilangan yang sangat sangat sakit….

Pernahkah kamu terfikir kalau kita boleh putar masa, kita akan buat benda yang buat kita sakit…

Pernahkah kamu rasa ada benda yang kamu tidak dapat lepaskan….

Pernahkah kamu rasa terdesak sangat sampai kamu sanggup buat apa sahaja…..

Inilah aku dan ibu aku rasa bila adik aku kena culik 3 tahun yang lalu….apa yang ibu aku buat tidak termasuk dek akal, entah kenapa aku iyakan sahaja apa yang ibu buat dulu…mungkin masatu aku pun sakit juga….aku rasa sakit kehilangan….

*Intro*

Apa yang aku ceritakan ni aku tak pernah cerita dengan orang lain, ini adalah rahsia keluarga kami yang aku simpan sehingga hari ini, bukan apa aku sendiri pun tak mahu nak ingat balik memori2 hitam ni…

Ibu aku seorang ibu tunggal, dia yang membesarkan aku dan adik aku, aku masatu berumu 16 tahun dan adik aku pula berumur 7 tahun. Ayah dah lama tinggalkan kami, mujurlah ibu aku ni mewarisi harta peninggalan ayahnya, jadi boleh kata hidup kami ni tak lah susah sangat, kami tinggal pun di sebuah rumah banglo. Boleh kata rumah banglo kami ni rumah yang paling besar di Kawasan ni. Rumah besar Kawasan pun besar, jadi jiran memang jauh dari kami.

Aku selalu terfikir, harta yang ibu aku miliki tu adakah satu kurniaan ataupun sumpahan, sebab dengan harta inilah ramai yang cuba mengambil kesempatan terhadap ibu aku, ibu aku ni jenis yang lembut, dia tak garang dan dia penyanyang, dia baik hati dan suka membantu orang, tutur Bahasa dan perlakuan dia pun lembut dia bukan jenis yang aggressive. Tapi aku kesian dengan ibu sebab walaupun dia jenis berpelajaran dia ni jenis yang naif, senang cerita dia selalu kena tipu, sebab dia selalu biarkan diri dia ditipu. Begitulah baik hatinya ibu aku ni.

sehinggalah ada satu hari tu, adik aku diculik dari rumah, ibu aku sedih sangat, penculik2 tu cakap dengan ibu diorang mahu wang tebusan 1 juta baru diorang lepaskan….

Ibu yang saying sangat dengan adik dia pun akur dan bayar wang tebusan 1 juta tu, penculik2 tu arahkan ibu aku untuk letakkan duit tu di Kawasan tapak perkuburan dan berlalu pergi, diorang cakap lepas dapat duit tu baru diorang hantar adik aku ke rumah. Jadi ibu pun turuti sahaja arahan diorang, dia hantar duit dan balik ke rumah, dan dia tunggu di depan rumah, dari pagi, ke malam, dari hari berganti hari, dia meningis teresak esak, dia tunggu tunggu dan tunggu….kelibat adik aku tak juga kelihatan….sekali lagi, ibu aku ditipu, disebabkan kelemahan di ani, dia telah ditipu oleh penculik2 jahanam tu….

Kesian….memang kesian….aku sebagai anak tengok keadaan dia macamtu aku rasa sebak….walau apa pun yang aku buat ibu tetap menunggu dan menunggu….

Ada satu hari tu, akhirnya ada khabar dari penculik2 tu tentang adik aku, ibu aku terbia satu kotak, katanya di dalam kotak tu ada lokasi di mana adik berada, dia bukak kotak tu dia ambil nota di dalam kotak tu dan secara tiba2 dia menjerit, menangis meraun raung macam orang hilang akal…..nota tu bertulis….

“Anak kau dah dalam kubur!”

Sejak dari hari tu ibu aku hilang akal, sudah di luar kuasa aku untuk menangkan ibu, dia tak mahu terima kenyataan, penculik2 ni bukan sahaja mahu menganiaya kami tapi diorang juga mahu tengok kami terseksa.

Dan di sinilah semuanya berubah, perangai ibu semakin pelik, setiap malam dia akan keluar, dan dia akan balik membawa mayat seorang budak lelaki yang hampir sebaya dengan adik aku. Dia akan mandikan mayat budak lelaki tu dan letakkan dia di bilik adik aku. Dia akan tidur di sisi mayat budak tu sehinggalah pagi. Selang dua tiga hari, dia akan buat benda yang sama dia akan keluar malam dan bawa balik mayat budak lelaki dia mandikan dan letakkan di dalam bilik adik lelaki aku.

Sehinggalah terdapat puluhan mayat budak lelaki di bilik adik lelaki aku, ada yang mereput dan berbau busuk, aku tanya dengan ibu kenapa dia bawa mayat ni, katanya dia tengah cari adik, dia tak akan berhenti sampai dia jumpa adik.

Setiap malam dia akan bercerita, menyanyi dan sediakan makanan gemeran adik aku, dia akan susut mayat2 budak lelaki tu di depan dan suapkan satu satu. Ibu aku…..ibu aku dah gila….

Ada satu persoalan lagi yang bermain di minda aku, dari mana dia dapat mayat budak2 ni? Aku tanya ibu dia tak jawab. Sampailah suatu hari, mayat2 yang dibawa pulang tu mula menganggu aku di rumah. Kadang2 kalau waktu malam aku boleh rasa ada budak lelaki di dalam bilik aku, kadang2 aku dengar ada yang menyanyi, ada yang bercakap dan sebagainya….masa aku kena gnagguan2 ni aku dah fed up dengan perangai ibu, aku cuba bawa dia berbincang boleh kata hari2 kami begaduh.

Aku memutuskan untuk siasat sendiri dari mana ibu dapat mayat2 ni, dan apa yang aku dapat tahu ibu ambil mayat2 ni dari tapak perkuburan! Dan yang paling menakutkan ada budak yang dibunuh sendiri oleh ibu.

Bila semuanya terbongkar orang kampung dating ke rumah, diorang pecah masuk rumah dan dapat tahu gejala ibu aku, ibu ditangkap, dipenjarakan, dan aku dapat tahu yang ketika dipenjarkan ibu dapat melarikan diri, dan hilang…..

Kini tinggal aku berseorangan….di rumah, adik aku dah tiada, ibu dah tiada….aku tak dapat terima kenyataan semua ni berlaku dengan keluarga kami….sekrang….sekarang aku tekad nak cari ibu….malam ni tak jumpa juga….sebab mayat wanita yang aku bawa balik malamni pun…bukan ibu…..

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penyewa Rumah Puaka

Misteri Rumah Rahman