in

Hyperaktif

Aku ingin berkongsi cerita pengalaman seram aku sewaktu kecil dahulu. Ketika itu aku baru berumur 13 tahun. Sememangnya aku seorang yang nakal dan ‘hyperaktif’ tambahan lagi aku botak, memang menyerlahkan lagi kenakalanku.
Waktu itu hampir maghrib. Ketika itu yang berada dirumah hanyalah aku, mak dan adik ku.


Kami dikehendaki menyiapkan kerja sekolah sebelum sesi persekolahan bermula esok. Ayah pula tiada dirumah kerana kemasjid untuk ceramah agama malam itu. Mak didapur menyiapkan juadah minum petang. Semasa mak memanggil kami makan, pakcik ku datang singgah kerumah kami. Pakcik iaitu adik mak, kami menggelarnya Pok Mang. Pok Mang masih bujang dan bekerja sebagai ketua agensi pertahanan awam.


Ketika mak dan Pok Mang berbual itulah mata ku tertumpu pada alat yang diselitkan dipinggang Pok Mang.


“Apa ni Pok Mang?” tanya ku penuh minat. “Haa ini ialah alat hubungan antara Pok dengan kawan sekerja. Nama alat ni ‘walkie talkie’” jelas Pok Mang. Aku tersenyum sengih nakal. “Boleh pinjam tak?” rayuku. Pok Mang menggeleng kepala tanda tidak boleh. “Ini bukan mainan.”jelasnya lagi. Aku merayu dan menagih simpati. Oleh kerana kasihan, Pok Mang memberikan alat itu kepada aku malah dia juga beri satu lagi supaya aku boleh cuba berhubung dengan adikku.


Sungguh seronok apabila boleh berkomunikasi dengan adikku dalam jarak jauh. Setelah puas bermain aku mengajak adikku main sorok-sorok. Aku berniat hendak gunakan alat ini untuk mencarinya. Aku menyuruh adikku menyorok dan biar aku saja yang mencarinya. Adikku setuju. Setelah beberapa minit mencari segenap ruang dalam rumah, aku cuba mencarinya diluar rumahnya pula. Ketika itu hari telah gelap senja. Tiba-tiba aku terlihat kelibat adikku berlari kearah semak belakang rumah. Aku cuba mahu menjerit memanggilnya namun kelibatnya hilang dicelah semak.


Aku terus mencari nya dan ingin cuba walkie talkie Pok Mang ini sekiranya boleh kami berhubung. Belum pun sempat aku berkata apa tiba-tiba aku berasa gelap dan keadaan sekeliling juga berasap gelap seperti terkurung. Suara Pok Mang kedengaran di walkie talkie “Sofi, mana kamu?Balik cepat hari dah nak malam.


“Pok Mang..tolong Sofi, Sofi tak tahu Sofi dimana ni..Sofi cari adik tapi tempat ni tiba-tiba jadi gelap” ujarku dengan suara yang tersekat-sekat ketakutan. “Adik kamu ada disini Sofi, dia tertidur tadi bawah katil.”


Aku terkejut. Jadi siapa yang berlari ke semak tadi? Aku tidak dapat menahan sesak nafas kerana bilik gelap itu berasap. Aku kemudiannya pengsan.
Yang aku ingat ketika itu aku terdengar sayup-sayup suara ayah memanggil nama ku. “Sofi..dah jom balik mandi..kamu disorok ni.” Aku terkejut kerana berada dalam reban ayam belakang rumah. Badanku penuh najis ayam. “Kenapa Sofi ada disini ayah?” tanya ku kebingungan.


Ayahku hanya tersenyum menambahkan lagi bingung aku. Selepas membersihkan diri, aku menuju keruang tamu disitu juga ada Pok Mang dan adik ku.


“Sofi..kamu main sorok-sorok ye tadi?” tanya ayahku. Aku hanya mengangguk. “Kamu sebenarnya kena sorok dengan mahluk halus Sofi. Kamu main waktu maghrib, tak elok kerana ketika ini syaitan banyak berkeliaran. Kamu tahu kan?” tanya ayahku lagi. Aku menganggguk tanda setuju. Ayah terus menceritakan tentang peristiwa aku disorok tadi. Kata ayah dia terpaksa pulang kerumah dari masjid kerana ibu ku serta jiran-jiran memberitahu aku hilang.


Ayah bergegas pulang. Cara ayah sangat ringkas. Dia azan sekuat hatinya dikawasan rumah kami.


Ketika itulah mereka terdengar suara aku batuk-batuk dari arah reban. Aku hanya diam mendengar penjelasan ayah. Ayah tidak marah tetapi daripada nada cara ia bertutur agak tegas.


Keesokkan harinya heboh satu sekolah bercerita aku disorok hantu tetek. Aku malu dan menyesal dengan kedegilanku. Begitulah cerita ku. Tidaklah seram namun ianya masih segar dalam memori ini.☺️

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Padamkan

Tandas di Tingkat Tiga