in

Hotel Bajet

Apa khabar kepada sesiapa sahaja yg baca kisah aku ni. Nama aku Sofi berumur 15 tahun. Aku lahir kat semenanjung tapi dah hampir 9 tahun duduk kat Sarawak.

Nak dijadikan cerita, akhir tahun lepas aku dan keluarga aku balik ke semenanjung, tujuan utamanya adalah untuk balik kampung tapi kitorang nak travel banyak negeri. Kisahnya bermula bila kitorang dari Melaka nak ke Nilai, Negeri Sembilan sebab bapak aku ada urusan ngan penyewa rumah sewa dia. Tapi perjalanan mengambil masa yang lama so kitorang sampai Nilai lepas maghrib camtu.

Bila dah sampai tu kitorang terus cari hotel. Hotel bajet jer sebab nak singgah tido satu malam sebelum sambung perjalanan ke airport KLIA untuk ke Kelantan. So bila dah check-in tu kitorang dipisahkan kepada 2 bilik berasingan (satu laki satu perempuan). Jujur aku kata sebelum masuk hotel tu aku dah pikir bukan-bukan sebab sebelum-sebelum ni selalu tengok cerita-cerita seram kat hotelšŸ¤­

Lepas dah masuk, beg bagasi kitorang diletakkan dalam bilik laki. Nombor bilik-bilik kat situ semua 4 digit. Aku tak berape ingat nombor bilik aku tapi tak silap aku kat belakang dia nombor 10. So lepas ambil baju kat bilik laki aku mandi. Waktu aku nak basuh sabun yang ada kat muka aku terasa macam aku terlanggar sesuatu, bila aku buka mata tak ada apa-apa pun benda yang berdekatan aku yang berpotensi untuk aku langgar so aku cepat-cepat habiskan mandi terus keluar. Waktu mak dan adik perempuan aku pergi ambik baju aku duduk sorang dalam bilik so sepatutnya bilik tu sunyi tapi apa yg aku dengar bunyi ketuk-ketuk kat dinding dan pelbagai arah lagi. So aku cuba buat rilek je dengan harapan mak dan adik aku cepat-cepat sampai.

Keesokan paginya, kitorang cari kedai mamak utk sarapan. Adik perempuan aku kata malam tadi dia tersedar sebab haus tapi dia terdengar macam ada orang tengah mandi agaknya sebab dia dengar macam air terbuka and bunyi baldi tapi yang herannya dia tengok sebelah kiri dan kanan dia, mak dan aku tengah tido nyenyak. Untuk makluman korang katil kitorang menghadap toilet dan jarak antara katil kitorang ngan toilet pulak tak jauh dalam 1meter or kurang. Lepastu dia pejam mata kejap buka balik dia nampak ada satu lembaga pakai baju kuning dan muka dia pucat pandang adik aku. Adik aku takut tapi dia tak kejutkan aku dan mak aku so dia pejam mata dia balik cuba nak tido lepas tu dia buka mata dia sikit demi sikit tengok lembaga tadi dah hilang. Bila lembaga tu dah hilang baru dia berani nak kejutkan mak aku dan mintak air sebab haus.

Itu jelah kisah seram aku dan adik aku alami sewaktu kitorang menginap kat salah sebuah hotel bajet kat Nilai, Negeri Sembilan dan sampai sekarang adik aku dah takut nak tido kat hotel bajet OYO.

Perkongsian Daripada Sofi.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asap

Siapa Yang Susun Kotak?