in

Hotel Apartment?

Hotel Palm Spring Resort PD Apartment ni katanya views pun nampak seram, usang dan macam rumah tinggal jer. Condition pun tak berapa bagus sangat. Ada beberapa blok pecah-pecah, berlalang, parking banyak lopak, kolam renang pun kering dan takde orang check in sangat. Bilik pulak, langsir lusuh dan koyak. Bilik tu pun rasa panas sangat even pasang aircon paling sejuk dan kipas high speed. Petang dekat nak senja katanya si asben pencerita ni dah nampak something di sebalik tangga dan ghaib ke dinding. Dalam pukul 7 petang macam tu si asben ni rasa tak sedap hati maka depa decide nak balik hari tu jugak. Yang si anak asyik pandang toilet masa depa dok berkemas. Sebab katanya 2 anak dia nampak sesuatu dalam toilet. Masa nak keluar dari bilik anak dia tak nak keluar. Katanya nak tinggal kat situ sebab ada kawan. Makin cuak la mak bapaknya, Di pujuk juga anak dia keluar dari situ. Masa tengah masukkan beg dalam kereta, anak dia sekali lagi pandang ke arah tangga tapi kali ni nampak ketakutan. Lepas check out dari situ, mereka bermalam di rumah mertua di pencerita. menurut cerita pakcik di pencerita tu, kat bilik hotel yang mereka tinggal pernah ada kejadian budak hilang dalam bilik tu, Ghaib macam tu depan family dia. Kolam renang kat situ pun banyak budak mati lemas. Hotel Tu pun dah bertahun takde orang menginap. Tapi aku musykil macam mana hotel yang takde orang duduk bertahun lamanya masih beroperasi dan tetiba ada orang datang menginap. gamaknya macam mana depa survive kalau takde pelanggan? Entahlah. Cerita dari blog ke blog, dari forum ke forum.. Tapi orang yang biasa menginap je tahu kebenaran di sebalik cerita ni kan?

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Meor

Hotel 3 Bintang