in

Hotel 3 Bintang

Puteri Resort Air Keroh Melaka Hotel ni hotel 3 bintang yang banyak para pendidik tak kira level tapi yang berkhidmat dengan kementerian pendidikan Malaysia bila menghadiri kursus, perjumpaan, kuliah dan apa-apa aktiviti lah. Selain tu jadi penginapan pelancong luar dan dalam negara jugak. Sebab dia kategori kos rendah jugak so menjadi pilihan ramai orang la. Alkisah seram ni berlaku kepada sekumpulan guru yang menginap kat situ selama 4 hari 3 malam. Tapi kisah seram berlaku di malam terakhir mereka kat situ. Depa balik bilik malam tu dah dekat pukul 11 malam. Masuk je bilik depa nampak seperti ada bayangan putih bergerak dari skrin TV yang rosak dalam bilik tu. Bila depa pergi dekat, takde apa apa pun. Lepas mandi semua dah siap sedia nak tidur sekali lagi kejadian mistik berlaku. Salah sorang dari mereka nampak satu bayangan berbentuk macam manusia duduk di kerusi betul-betul bersebelahan katil mereka. Yang sorang lagi pulak rasa tilam macam beralun macam ada orang berbuai kat atas tilam tu. Sebab masing-masing takut semua pakat menyorok dalam selimut. Segala doa dan ayat-ayat alquran dia baca walau jadi tunggang langgang sebab takut. Salah seorang dari mereka bukan islam yang ada tali tangkal pendinding kat di ikat kat tangan tapi tali tu tiba-tiba terputus. Dalam tengah takut tu tetiba loceng bilik berbunyi tapi takde sapa berani bangun dan buka pintu. Cuma ada seorang yang memang dari awal dah nyenyak tidur bangun buka pintu tapi takde sapa yang datang. Sebab dia tidur tak melalui detik-detik seram yang kawan-kawan dia kena tu, dia takde rasa apa-apa la dengan kejadian tu. Tengok jam dah pukul 6 pagi so dia pun bersiap-siap nak solat subuh. Dia pun capai tuala pergi bilik air. Sedang dok bercermin tetiba dia ternampak ada bayangan di belakang dia bila dia paling belakang takde apa-apa. Time tu baru dia kenal erti takut. Tak tunggu lama dia lari keluar dari bilik air.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hotel Apartment?

Lif Puaka