in ,

Hospital Seri Bahagia

* Haih *

Ini adalah kisah yang telah lama aku pendam sendiri, tapi sejak dua menjak ni ramai pula yang mahu tahu kisah misteri disebalik apa yang aku akan ceritakan ni.

Ini adalah kisah tentang sebuah hospital yang telah lama ditinggalkan, kenapa ditinggalkan? Ramai yang membuat sepkulasi mereka sendiri, ada yang cakap sebab berhantu, ada yang cakap sebab masalah kewangan ada yang cakap sebab hospital ni terletak di tempat yang terpencil. Aku boleh kata ada spekulasi2 diorang yang betul, ada yang tidak masuk akal sama sekali. Kenapa aku tahu semua ni? Sebab aku bekas pekerja di hospital ni, yang bekerja di sana sehingga hospital tersebut ditutup pada tahun 1996 dahulu.

Jack Si Pembantu Perubatan

Nama aku jack, bukan nama sebenar, sekarang aku berumur 43 tahun, ini adalah kisah tentang sebuah hospital sakit mental yang dikenali sebagai Hospital Seri Bahagia.

aku mula bekerja di hospital tu semasa aku berumur 18 tahun lagi lebih tepat lagi pada tahun 1994, habis ja sekolah menenagah aku terus bekerja di sana, aku diberikan tanggungjawab sebagai pembantu perubatan. Hospital ni menjadi tular sejak kebelakangan ni, entah kenapa tiba tiba terkenal, padahal hospital tu dah berdiri di sana berpuluh puluh tahun lamanya. Mungkin sebab ada satu artikel berita yang dikongsi di laman laman sosial memberikan jolokan hospital paling berhantu di Malaysia.

Artikel Berita

Artikel tu menceritakan yang pada tahun 1996 hospital ini ditutup secara tiba tiba disebabkan oleh satu fenomena ganjil dimana hampir kesemua staf hospital hilang akal, membuatkan seluruh hospital gagal untuk beroperasi, ada yang melarikan diri ada yang hilang tanpa jejak. Pesakit pula tidak mendapat rawatan yang sepatutnya, apa tidaknya kesemua pesakit menjadi ganas ada yang sampai mencederakan pekerja hospital, dengan itu mereka semua dikurung di dalam bilik, yalah sudah agressif macam tu tiada siapa yang berani untuk merawat mereka.

Disebabkan oleh fenomena ganjil dan mistik ni, hospital tersebut ditutup dan pesakit dipindahkan ke hospital yang lain dan ia ditinggalkan kosong dan berusang sehingga hari ini.

Kisah Benar

Pada asalnya aku geli hati membaca artikel berita tu. Yalah sebab aku sendiri tahu kisah benar yang berlaku di situ, nak kata artikel tu tepat, tidak juga, ada sesetengah cerita yang memang benar. Tapi masih banyak lagi kisah tentang hospital tu yang tidak dan belum didedahkan kepada umum. Dengan itu hari ini tergerak hati aku untuk berkongsi kisah sebenar yang lebih menyeramkan, dengan sejarah yang lebih hitam daripada apa yang disebarkan, mungkin kisah ini akan membuka mata semua orang kenapa mereka tidak patut membiarkan hospital tersebut berdiri di situ.

Sejarah

Hospital itu dibina pada tahun 1980 dahulu, pada asalnya adalah sebuah hospital swasta menempatkan pesakit pesakit berprofile tinggi, senang cerita hanya untuk orang orang kaya sahaja, pemilik hospital tu pun bukannya nak merawat orang sangat pun, niat asal pemilik hospital tu adalah untuk mengaut keuntungan dan mendapatkan tender membina hospital. Tapi lewat tahun 1980an orang2 kaya yang ditempatkan di hospital tu mula berpindah keluar disebabkan oleh kawasan hospital terpencil, dan waktu ni juga hospital2 swasta di bandar2 utama banyak didirikan, jadi lebih baik diorang duduk berdekatan dengan bandar.

Dengan itu pihak hospital telah memutuskan untuk mula mangambil pesakit pesakit tidak kira kaya ataupun miskin, yang penting pesakit sanggup membayar wang untuk dirawat di sana. Bermula tahun 1990 hospital Seri bahagia mula menerima ratusan pesakit mental yang datang dari seluruh negara.

Hospital Tamak

Apa yang lebih mencabar buat pekerja2 di hospital tu, kabanyakan pesakit yang datang adalah pesakit yang mahu dibuang oleh ahli keluarga mereka, dengan alasan menghantar ke hospital tetapi hakikatnya mereka mahu membuang ahli keluarga mereka sendiri yang sakit mental. Mereka memilih hospital Seri bahagia kerana lokasi yang terpencil masuk jauh ke dalam hutan.

Ada keluarga yang hantar, pesakit ditinggalkan bertahun tahun tanpa kunjungan, mereka cuma bayar yuran pada setiap bulan sahaja.

Apa lagi, pemilik hospital ni pun yang niat asal mahu mendapatkan keuntungan biarkan sahaja keadaan pesakit yang menderita, yang penting dia dapat duit, memberikan rawatan pun ala kadar sahaja, kadang kadang ubat tak cukup, peralatan menjaga pesakit tak cukup, bayangkan ada pesakit yang terpaksa berkongsi jarum. Yalah dia tahu yang keluarga pesakit tu tak akan datang lagi ke sana, jadi tak ada orang yang akan salahkan pihak hospital kalau jadi apa2 dengan pesakit.

Ada pesakit yang sampai meninggal dunia, keluarga diorang tak kisah langsung. Sebab memang niat keluarga2 diorang ni mahu diorang mereput di sini.

Aku mula bekerja di HSB – 8 Mei 1994

Aku masuk pada tahun 1994, masa aku masuk tu memang keadaan hospital kucar kacir, dengan peralatan yang tak cukup merewat pesakit yang makin bertambah pada setiap hari. Staff hospital pun boleh kira dengan jari. Aku ingat lagi hari pertama aku masuk bekerja aku tanya dengan doktor di sana

“Eh, ini hospital ka penjara?” dia tengok aku dan senyum sahaja….pelik bila respon dia tu menunjukkan yang seolah olah keadaan hospital yang macam penjara tu memang perkara yang biasa di situ…

Macam macam aku nampak, apa yang lebih menyedihkan, ada pesakit yang bukan sakit mental, diahantar ke sana, lama tinggal di situ mereka benar benar menjadi gila.

Banyak lagi kisah seram dan pelik yang aku lalui di sana, kisah pesakit meinggal di dalam almari lah, pesakit rogol staff hospital, staff hospital rogol pesakit. Tapi kalau aku cerita semua mesti cerita ni jadi panjang…jadi aku pendekkan cerita….

Rusuhan Hospital – 8 Oktober 1996

Disebabkan oleh keadaan persekitaran yang sadistik dan tidak teratur pihak hospital mula merasa tertekan, peralatan daripada tidak cukup menjadi tiada langsung. Staff semakin berkurangan ada yang melarikan diri. Apa tidaknya kami semua diugut untuk menutup mulut dan yang mahu meltakkan jawatan akan diugut bunuh. Ada….yang terkorban….angkara pihak hospital sendiri…sampai begitu sekali pihak hospital cuba untuk menutup rahsia sebenar hospital….

Pagi 8 Oktober 1996, di sinilah titik hitam yang berlaku di hospital ni yang aku tidak dapat lupakan sehingga hari ini, masatu pagi, hujan lebat, aku yang tidur bersama staff2 yang lain di bilik staff terletak di tingkat ke 4 hospital mendengar bunyi tapak kaki orang ramai berlari dari tingkat bawah naik ke tingkat 5, bilik ke lima ni kebanyakannya adalah pejabat pengurusan. Terkejut kami mendengar bunyi orang berlari kami terbangun, kawasan aku yang katil dia paling dekat dengan pintu segera berdiri dan mengunci pintu bilik kami.

Masatu kami tak tahu apa yang jadi, cuma kami berhati hati dan paranoid dengan apa2 keadaan ganjil yang berlaku. Kami semua duduk dalam bilik sambil menunggu bunyi orang berlari tu semakin, samakin kuat…dan semakin kuat….

Apa yang paling mengerikan, kami terdengar suara jeritan pengurus2 hospital menjerit, kami hanya mendiamkan diri, pintu bilik kami begerak beberapa kali menandakan ada orang cuba untuk membuka, tapi kami meletakkan penghalang di pintu bilik supaya tiada siapa yang dapat masuk…kami tak tahu apa yang jadi kami cuma terkaku di dalam bilik…..

Sehinggalah bunyi orang berlari, bunyi jeritan hilang….pelik…bila lepas bunyi2 tu habis keadaan sunyi….sunyi sangat…tak pernah sunyi mcmni selama aku bekerja di situ…kami keluar perlahan lahan dari bilik dan melihat ke luar…kami jengok ke koridor….kosong, tak ada orang, cuma keadaan berselerak macam satu tingkat kena rompak…tapi tak ada seorang pun….

Kami memberanikan diri naik ke atas dan tingkat 5 hospital tu memang sangat sangat menyeramkan….darah di lantai….dan dihujung koridor di bilik pemilik hospital dari jauh lagi kami nampak tubuh badan pemilik2 hospital di lantai…semua kami berpandangan sesama sendiri, kami langsung turun ke bawah dan keluar dari hospital tu…

Ditutup Serta Merta – 10 oct 1996

Tak tahu apa yang jadi kami segera menelefon pihak polis, diorang datang pagi sekali dengan beberapa lori tentera…untuk dua hari dari 8 haribulan sehinggalah 10 haribulan tu pihak tentera yang menjaga pesakit pesakit di sana…sehinggalah mereka dipindahkan pada 10 haribulan ke hospital yang lain dan ditutup pada hari tu juga….

Outro

Apa yang jadi aku tak tahu, apa yang kami tahu pihak polis cakap yang pagi 8 oktober tu pesakit pesakit hospital telah meluru naik ke tingkat 5 secara beramai ramai dan membunuh pengurus2 hospital termasuklah pemilik hospital….

Itulah kisah hitam yang berlaku di sana ramai yang tak tahu kerana hospital ini sendiri tak mahu mengembar gemburkan kisah ni, begitu juga dengan pihak berkuasa, sekarang kawasan hospital tu menjadi tempat orang ramai datang khususnya budak2 ni, ke sana ambil gambar lah, video lah…kononnya nak uji diri atau nak cari hantu….tapi aku yakin…..kalau diorang tahu sejarah sebenar hospital tu…konfirm tiada satu orang pun diorang berani datang ke sana…

Bagi aku….bekas pekerja di Hospital tu….memang rasa trauma…kalau boleh aku tak nak ingat apa apa pasal hospital tu…tapi memandangkan ramai yang tertanya tanya kisah benar disebalik hospital tu…rasanya aku patut kongsikan sejarah sebanar yang berlaku di situ sekarang kisah benar hospital telah aku sampaikan…..Hospital ni….. patut dirobohkan, ia patut dihancurkan bersama dengan sejarah hitam yang menghantui hospital tu, biar sejarah menakutkan kawasan tersebut terkubur bersama sama dengannya….

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Rumah Rahman

Kawan Masa Kecil