in

Hospital Berhantu 1

Ok, hari ini Ana nak mencerita sikit tentang tempat berhantu di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah. OK nak dijadikan cerita saya akan mulakan dulu.

Kawan abang Ana kemalangan dan dia dimasukkan kat hospital tu, so pada waktu malam tu kami pun pergi ke sana untuk melawat dia, abang saya bawak sebuah beg galas belakang yang berisi beberapa helai baju untuk member dia tu la, time dok dalam Wad tu jam tepat pukul 10 malam. Dalam pukul 11 lebih kami nak pulang ke rumah dah, aku pun jalan la dengan abang aku nak turun ke bawah, maklum la wad tu berada di tingkat 3. Time tu abang aku bawak balik bag galas dia, sebab kawan dia dah ada baju sendiri untuk ditukar, 

So aku pun ikut lah abang aku balik. Dalam perjalanan nak turun dari tangga kat wad tu, aku tegur abang aku “Kenapa abang jalan laju sangat?? tunggu la kejap” tapi dia senyap je tak cakap apa2 pun, aku pun tegur la dia lagi “Aik! mana bag tu? tadi bukan dah bawak balik ker??” dia pun senyap sorang-sorang macam dia tak dengar aku sedang cakap dengan dia.. kali ke-3 aku tegur dia, mana bag tu? 

Dia cakap hahhhh!!!! dengan suara perlahan tapi bunyi macam angin dan mengerunkan, lepas tu tiba-tiba aku nampak abang aku tu berlari turun tangga dengan pantas gile, lepas dia duduk kat bawah tu aku nampak bayang-bayang dia macam asap putih je, and bila dia duk kat bawah sekali aku nampak dia macam pocong siap berkain kafan lagi. 

Lepas tu aku pun turun dengan laju la, sebab time tu dok ingat abang aku lagi (aku tak fikir bukan-bukan lagi) bila tiba kat bawah aku pun tunggu kat bawah tu, dok mencari-cari mana abang aku pergi? Secara tiba-tiba abang aku tegur aku dari belakang sambil galas bag dia. Dia kata awat turun cepat sangat? Tak tunggu abang pun. Aku pun terkejut dan senyap sekejap! aku cakap kat dia, aik! tadi bukan dah turun laju ke? abang aku cakap “Hang dok merapu apa? Hang tinggal aku cakap aku turun laju lak” Hmm!! lepas tu aku terus tak sedap hati.

Perkongsian Daripada Ana.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hantu Bangkit

Jam 3