in

Histeria

anger

Assalamualaikum.. hoyeahh aku taknak cerita malam2.. nanti goosebumps.. haha jadi aku cerita la pagi2 macam ni..

Okey cerita dia macam ni
Time tu aku belajar kat ilp. Biasa la duduk hostel. Setiap malam jumaat kitorang akan kumpul ramai2 kat bilik tv untuk bacaan yasin. Entah apa entah yang tak kena hari tu.. masa baca yasin tu..aku perhati je junior yang duduk betul2 depan aku tu resah semacam.. dari mula baca yasin dia dok perhati je kat pintu masuk bilik tv tu.

Muka cuak giler aku tengok.
Macam nampak sesuatu yang menyeramkan je gaya dia. Aku buat tak tahu je sambil teruskan baca yasin.tapi sekali lagi aku pandang dia. Mata tak berkelip tengok kat pintu.lepas tu dia tertunduk. Dah sudah.. kenapa pulak budak ni. Tak lama lepas tu dia menangis.. mula2 aku tengok membe sebelah dia pun tak perasan. Bila dia nangis makin kuat semua beralih pandang kat dia. Tiba2 dia menjerit sambil tengok lagi kat pintu. Hai la junior. Ko da kenapa? Buat aku seram je. Terkumat kamit aku baca ayat kursi. Otak aku ligat cakap.dia ni kena histeria ke? Haha maklumlah. Mana aku pernah tengok depan mata benda2 macam ni. Okey2 sambung cerita lagi. Lepas dia menjerit tu. Tiba2 macam satu virus berjangkit. Sorang2 dalam bilik tv tu menjerit,menangis,meronta.

Mak aihhhh seriau da semua budak2 dalam tu termasuk aku. Aku tak tahu la apa yang tak kena malam tu. Tengah baca yasin kot dia boleh buat hal pulak. Jin islam kot. Bisik hati aku. Ayat nak sedapkan hati. Haha tak sedar jantung aku da berdegup macam kereta f1 tu ha. Jangkit berjangkit sampai 17 orang yang kena histeria malam tu. Ada yang ketap gigi sampai terpaksa bawak pergi hospital. Ada yang menjerit cakap nak bunuh semua orang. Ada yang berlari sampai semput nak kejar. Ada yang berjalan mundar mandir tepi tingkap lepas tu jeling2 kat luar macam nak terjun. Aku yang 50/50 berani2 takut ni jadi pemerhati je. Bila tengok keadaan tak berkurang, ketua warden laungkan azan kat hostel. Semua mangsa histeria da dibawak masuk ke bilik masing2.

Tapi kawan2 lain jadi pemerhati. Teman diorang sebab taknak mangsa buat perkara bukan2. Okey time aku teman sorang junior aku. Dia boleh cengkam tangan classmate aku sampai berdarah.. lama jugak baru dia dapat lepaskan tangan dia dari mangsa. Bila aku rasa macam da mula tak syok. (Rasa takut seram semua datang) aku terus blah masuk bilik.sebab ada yang pesan. Kalau takut sangat nanti mahluk tu datang kacau. Dari terkena baik aku blah. Kan?
Lepas tu aku tak tau apa jadi kat mangsa2 tu. Ada jugak dengar diorang menjerit jerit. Laungan azan pun tak henti. Entah macam mana tak lama lepas tu semua senyap. Tak tau apa warden buat kat diorang. Baca ayat manzil kot. Aku doa je biar hari tu cepat berlalu.

Malam tu roomate aku da tido. Aku pulak terkebil2. Rasa macam ada yang memerhati. Rancak aku baca semua yang aku tahu. Goosebumps wei. Aku paksa mata aku untuk pejam. Sampai aku sedar je da pagi.

Pagi tu aku tanya roomate aku. Ada rasa apa2 tak kat bilik malam tadi. Dia pun rasa macam apa yang aku rasa. Diperhati. Hukhuk memang ada pemerhati la kot kat bilik kitorang malam tadi. Okey. Stop cerita sampai sini ye. Kot2 ada cerita lagi nanti aku share ye. Tq sudi baca dan sudi share cerita aku ni. Sorry la kalau ada yang tak faham.. haha assalamualaikum.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jelmaan Berambut Panjang

Main Sorok-Sorok