in

Histeria Sekolah 1

Kisah ini berlaku pada tiga tahun lalu iaitu ketika aku masih di sekolah rendah. Kejadian ini berlaku hujung bulan oktober hari rabu. Masa tu kami tengah membuat persiapan bagi menduduki peperiksaan akhir tahun. Sebaik saja loceng rehat berbunyi aku terus  mengambil dompet dan turun rehat.

Sesampai saja di kantin, aku bertemu dengan tujuh orang rakan sekelas aku. Aku tanya mereka, “korang nak gi mana?” tanya aku. Diorang jawab “Kitaorang tertinggal dompet di kelas, nak gi ambil, lainlah kalau kau nak belanja kitaorang makan hari ni” kata salah seorang daripada mereka. Aku pun biarkan je ye  lah, kalau nak belanja cekodok sorang satu tu lepas lah.

Selesai saja aku habis makan, aku pergi ke dataran,waktu aku melihat kawan-kawan aku yang kata nak ambil dompet tu menangis sambil ditenangkan oleh beberapa orang ustazah. Aku tanya diorang kenapa ni?  Diorang pun mulalah cerita.

Masa kitaorang masuk ke kelas nak ambil dompet kitaorang yang tertinggal tu, keadaan dalam kelas macam dilanggar jentolak.meja berselerak,almari digelendah , meja guru terbalik dan macam macam lagilah. Padahal sebelum turun rehat keadaan kelas masih elok pastu masa nak ambil tu, kitaorang nampak satu susuk tubuh sebesar almari sedang merangkak rangkak dari meja ke meja mencari sesuatu.apalagi,kitaorang cabut lari lah.

Waktu tu aku merasakan mereka mungkin halusinasi.mana tidak nya, 4 jam setengah dengar teknik menjawab peperiksaan.aku pun boleh terkena halusinasi akibat terlalu letih mendengar.

Perkongsian Daripada Alex.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dapur Pelik

Mata Merah Terapung