in

Hijab Terbuka

Assalamualaikum, nama saya Nur Fatihah berasal dari Dungun, Terengganu berumur 21 tahun.  Saya seorang pelajar yang belum grad. 

Kisah saya bermula terbuka hijab dari berumur 11 tahun iaitu pada tahun 2011 sehingga sekarang. Saya dapat melihat apa yang orang biasa tidak boleh lihat.

Pengalaman saya yang paling menakutkan sepanjang hijab terbuka adalah semasa tidur berseorangan. 

Kisah ini bermula semasa saya tingkatan 3 yang masih segar diingatan. Pada suatu hari seingat saya hari selasa malam rabu.  Pada siangnya,  hari berlalu seperti biasa pagi pergi sekolah, petangnya balik ke rumah dan siapkan kerja rumah yang cikgu berikan.  Kemudian, ayah saya bekerja sebagai seorang ahli bomba, beliau bekerja mengikut shift siang atau malam.  Pada malam itu,  ayah saya bekerja shift malam, adik2 saya semuanya tidur bersama ibu, kakak saya tidur di biliknya dan saya tidur di bilik saya. Hari semakin malam, dalam pukul 12 malam hujan mulai turun dengan lebat beserta guruh yang kuat di langit.

Suatu ketika hujan sudah mulai reda,  seluruh ahli keluarga saya sudah tidur dengan nyenyak.  Tetapi saya masih lagi tidak tidur,  tidak tahu mengapa malam itu saya tidak boleh melelapkan mata.  Tiba2 satu tangisan yang sangat2 perlahan dapat saya dengari di sebelah bilik saya. Semakin lama semakin kuat dan semakin kuat sehingga badan saya menggeletar ketakutan sambil menutup mata.

Tiba2 tangisan itu berhenti seketika dan saya cuba untuk bangun untuk tidur di bilik kakak saya kerana kakak saya tidur berseorangan di biliknya.  Ketika saya bangun untuk mengambil bantal dan selimut, saya dapat melihat sosok tubuh manusia berdiri tegak dihadapan pintu bilik saya dengan rambut yang panjang berbaju putih sambil tersenyum ke arah saya.  Saya pun terus baring semula dan menutup muka dengan selimut sambil membaca ayat kursi sehingga saya tertidur. Tetapi semasa saya membaca ayat kursi itu benda itu membuat bunyi tangisan semakin kuat.  Saya teruskan membaca sehingga dapat tidur sampai ke pagi. 

Sekian sahaja kisah saya pada hari ini. Saya harap kisah saya ekram dapat kongsikan kepada netizen2 yang sukakan cerita2 seram.  Jika ekram ingin tahu lagi kisah2 seram yang saya alami boleh email saya.

Perkongsian Daripada Nur Fatihah.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jengukan Maghrib

Bunyi Duit Syiling?